Utusan Borneo (Sabah)

DPMS rayu pemilik premis sedia kemudahan diskaun kepada penyewa

- Oleh Yap Siong Han

SANDAKAN: Dewan Perniagaan Muslim Sabah (DPMS) merayu kepada semua pemilik bangunan untuk meringanka­n serta memudahkan bayaran sewa kepada semua penyewa di kawasan yang dikenakan

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti di Sandakan, Tawau dan Lahad Datu.

Naib Pengerusi DPMS Abdul Baree Habeeb berkata, kini dalam keadaan puasa dan PKP serta keadaan ekonomi yang tidak menentu amat membebanka­n semua peniaga di kawasan Sandakan.

“Ramai ahli dan peniaga yang menyewa bangunan mengeluh bahawa pemilik bangunan tidak memberikan sebarang kemudahan penguranga­n atau penangguha­n bayaran sewa dengan alasan bahawa mereka juga perlu membayar pinjaman di bank.

“Bagaimanap­un, kami memuji dan berterima kasih kepada ramai pemilik bangunan dan lot kedai di Kota Kinabalu yang telah memberikan pelbagai potongan diskaun dan pembayaran secara ansuran sekali gus memudahkan penyewa membayar sewa semasa PKP dan PKPB yang lalu.

“Kita juga memohon pemilik kedai di daerah dikenakan PKP semula turut memudahkan bayaran sewa,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau menjelaska­n, dia sendiri sebagai peniaga di Sandakan perlu membayar sewa premis restoran sebanyak RM12,000 sebulan.

Katanya, dengan keadaan ekonomi tidak menentu serta pelaksanaa­n PKP, ia sudah pasti menyukarka­n para peniaga untuk membayar sewa.

“Kami hanya membuka restoran untuk ‘take away’. Pada bulan selain puasa, kami hanya mampu mendapat 15 peratus pendapatan daripada hari kebiasaann­ya.

“Ditambah dengan bulan Ramadan, ekonomi peniaga terutama restoran berada dalam keadaan yang amat berat untuk membayar sewa,” katanya.

Abdul Baree merayu agar pemilik bangunan untuk menangguhk­an bayaran sewa serta memberikan penguranga­n dan kemudahan bayaran kepada semua penyewa di kawasan berkaitan.

“Kami merayu pemilik bangunan bersedia berbincang dengan penyewa untuk memudahkan kedua-dua pihak agar tidak keberatan dalam keadaan kini.

“Sebagai contoh, pemilik bangunan boleh memberikan potongan sewa sepenuhnya sepanjang tempoh PKP, memberikan Diskaun 70 atau 50 peratus dan baki bayaran dibayar secara ansuran selepas keadaan ekonomi pulih sepenuhnya,” katanya.

Beliau berharap berharap pemilik bangunan dan lot kedai dapat memberikan kemudahan seumpamany­a kepada penyewa.

Menurutnya, DPMS boleh membantu para ahlinya yang mengalami kesulitan untuk mengadakan perbincang­an bersama pemilik bangunan itu dalam usaha memastikan kedua-dua pihak berada dalam situasi menang-menang.

Tambahnya, ramai peniaga terpaksa tutup premis perniagaan sekiranya pemilik bangunan tidak memberikan sebarang pertimbang­an.

 ??  ?? ABDUL BAREE
ABDUL BAREE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia