Utusan Borneo (Sabah)

SEB giat tangani punca gangguan bekalan elektrik di Kampung Lingga

-

SRI AMAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Simoi Peri diberi taklimat oleh Jurutera Sarawak Energy Berhad (SEB) Sri Aman Wong Wan Chew di Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga di sini, semalam tentang masalah gangguan bekalan elektrik yang sering berlaku di Kampung Lingga hingga menimbulka­n pelbagai persepsi negatif dan rasa tidak puas hati penduduk setempat.

Menurut Simoi, taklimat berkenaan amat penting keranainim­erupakanpl­atform untuk beliau mengetahui apakah punca sebenarnya masalah tersebut.

Sementara itu Wong menjelaska­n, masalah tersebut berpunca daripada beberapa perkara, antaranya pokok kelapa sawit dan pisang yang banyak ditanam di kampung dan di sepanjang jalan sehingga ada yang menyentuh wayar elektrik.

Selain itu katanya, terdapat kabel bawah tanah yang mengalami kerosakan semasa kontraktor melakukan kerjakerja di kawasan terlibat.

Katanya, sejak tahun 2008 wayar tiang elektrik terutama wayar bumi sering dipotong dan dicuri individu yang tidak bertanggun­gjawab dan apabila berlaku kilat akan menyebabka­n bekalan elektrik terputus sertamerta.

“Tidak kurang pula gangguan tupai dan monyet yang meniti kabel voltan tinggi turut menyumbang kepada gangguan bekalan elektrik termasuk pokok-pokok yang tumbang,” jelasnya.

Tambahnya lagi, pihak SEB sedang dan akan berusaha menyelesai­kan masalah bekalan tersebut dan memberi amaran kepada kontraktor agar memohon penjejakan kabel sebelum melaksanak­an kerja mereka di kawasan terbabit.

Jelas Simoi, beliau berharap penjelasan tersebut dapat memberi gambaran sebenarnya mengenai punca masalah terbabit.

“Jika berlaku masalah gangguan bekalan elektrik penduduk setempat boleh membuat aduan menerusi talian Hot Line 1300883111 atau SEB Sri Aman 083-322080 pada waktu pejabat,”ujarnya.

Turut hadir pada sesi taklimat berkenaan, Eksekutif Teknikal SEB Tawie Ason, Penghulu Wan Amit Wan Kamil dan Ketua Kaum Mazelan Ramji.

 ??  ?? PENERANGAN: Simoi (tengah) mendengar taklimat daripada Wong (kiri) serta yang lain.
PENERANGAN: Simoi (tengah) mendengar taklimat daripada Wong (kiri) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia