Utusan Borneo (Sabah)

Pos sempadan Ba’Kelalan dan Kalimantan dikawal ketat

Tiada pergerakan keluar masuk rakyat dari Ba’Kelalan, Kalimantan kerana pos itu masih ditutup

- Oleh Mastura Ismail

Malah proses penghantar­an bantuan bahan binaan dan makanan kepada penduduk di Kalimantan melalui Long Bawan di Ba’Kelalan adalah dikawal ketat mengikut prosedur operasi standard penuh Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak yang turut dipantau Kementeria­n Kesihatan Malaysia. Ahmad Denney Ahmad Fauzi Residen Bahagian Limbang

LAWAS: Tiada sebarang aktiviti pergerakan keluar dan masuk rakyat dari Ba’Kelalan dan Kalimantan memandangk­an pos sempadan di kawasan itu masih ditutup dan dikawal ketat anggota keselamata­n bertugas.

Residen Bahagian Limbang merangkap Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Limbang Ahmad Denney Ahmad Fauzi berkata, tiada sebarang pergerakan keluar dan masuk rakyat keduadua negara berjiran itu dibenarkan sejak pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) tahun lepas.

“Malah proses penghantar­an bantuan bahan binaan dan makanan kepada penduduk di Kalimantan melalui Long Bawan di Ba’Kelalan adalah dikawal ketat mengikut prosedur operasi standard penuh Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak yang turut dipantau Kementeria­n Kesihatan Malaysia,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Ahmad Denney menjelaska­n lagi, laporan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang diterima pihaknya juga mengesahka­n tidak ada kenderaan dari negara jiran melintas melalui sempadan hingga ke kampung-kampung berdekatan.

“Pihak imigresen juga mengesahka­n tidak ada sebarang pergerakan individu atau kumpulan warga asing yang dibenar memasuki negara di pos sempadan tersebut,”tegasnya.

Oleh itu, beliau menyeru agar pihak berkaitan tidak cuba menyebarka­n maklumat palsu dan tuduhan tidak berasas berhubung isu di sempadan Ba’Kelalan dan Kalimantan atas kepentinga­n pihak berkenaan.

“Kita harus membudayak­an perkongsia­n maklumat sahih dan bukan setakat mematuhi SOP COVID-19,” jelasnya.

Katanya,tindakan tegas boleh diambil sebaik ada pihak yang membuat laporan berhubung kenyataan tidak benar dan tanpa bukti yang jelas berhubung keadaan pergerakan di pos sempadan Ba’Kelalan dan Kalimantan.

Pos Sempadan Ba’Kelalan turut dikawal Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Imigresen, Pasukan Gerakan Am dan agensi berkuasa lain bagi mengelak sebarang pergerakan membolosi sempadan negara.

Pihak Indonesia juga mengenakan kawalan ketat di pos perbatasan mereka yang diketuai pasukan Tentera Nasional Indonesia(TNI)Angkatan Darat(AD).

 ??  ?? KAWALAN KETAT: Laluan utama di benteng hadapan sempadan Ba’Kelalan dikawal pasukan ATM sebelum melepasi Pos Imigresen Ba’Kelalan.
KAWALAN KETAT: Laluan utama di benteng hadapan sempadan Ba’Kelalan dikawal pasukan ATM sebelum melepasi Pos Imigresen Ba’Kelalan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia