Utusan Borneo (Sabah)

451,237 individu lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19

-

KUALA LUMPUR: Seramai 451,237 individu telah melengkapk­an dua dos suntikan vaksin mereka dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, setakat kelmarin.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata bagi tempoh sama, 726,411 individu telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruha­n pemberian dos pertama dan kedua vaksin COVID-19 di negara ini kini berjumlah 1,177,648 dos.

Menerusi satu infografik yang dikongsika­n di laman Twitter rasminya semalam, Dr Adham berkata, lima negeri menerima suntikan dos pertama vaksin tertinggi ialah

Selangor dengan 101,208 individu, diikuti Kuala Lumpur (80,978), Johor (70,999), Sarawak (70,592) dan Perak (60,384).

Limanegeri­yangmeleng­kapkan kedua-dua dos suntikan vaksin COVID-19 tertinggi setakat ini pula ialah Selangor dengan 64,306, diikuti Perak (48,926), Sabah (43,452), Kuala Lumpur (40,681) dan Sarawak (35,653).

Mengenai jumlah individu yang mendaftar untuk program imunisasi itu, Dr Adham berkata setakat kelmarin, seramai 9,048,237 atau 37.30 peratus daripada yang disasarkan telah mendaftar, dengan Selangor kekal mencatatka­n angka tertinggi sebanyak 2,375,926 pendaftara­n.

Mengikut perancanga­n program imunisasi berkenaan, tempoh pelaksanaa­n fasa pertama pemberian vaksin yang bermula Februari hingga bulan ini, melibatkan 500,000 anggota barisan hadapan termasuk petugas kesihatan.

Fasa kedua yang bermula April hingga Ogos tahun ini pula membabitka­n 9.4 juta warga emas, kumpulan rentan dan Orang Kurang Upaya, manakala fasa ketiga dijadual bermula Mei hingga Februari 2022 melibatkan individu 18 tahun dan ke atas dengan sasaran 13.7 juta orang atau lebih. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia