Utusan Borneo (Sabah)

Pemberian vaksin untuk petugas barisan hadapan dijangka selesai hujung bulan

-

Sekurangku­rangnya 95 peratus daripada sejumlah 571,000 petugas barisan hadapan telah menerima dos pertama vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Fasa Pertama.

Menteri Penyelaras program berkenaan Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya menjangka pemberian suntikan vaksin petugas barisan hadapan akan selesai pada hujung bulan ini.

Katanya, di Melaka sendiri sebahagian besar petugas barisan hadapan telah menerima suntikan vaksin yang lengkap, manakala bakinya sedang menunggu untuk melengkapk­an suntikan dos kedua.

Beliau berkata demikian ketika meninjau Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Fasa Kedua yang turut dihadiri Exco Kesihatan dan Antidadah negeri Datuk Rahmad Mariman dan Pengarah Jabatan Kesihatan Melaka Datuk Dri Ismail Ali di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Tun Ali di Bukit Katil di sini semalam.

Khairy yang juga Menteri Sains, Tekonologi dan Inovasi berkata, 84 peratus atau 528 daripada 540 dos vaksin berjaya diberikan pada hari pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Fasa Kedua di Melaka, kelmarin.

Beliau berkata, 16 peratus individu di bawah Fasa Kedua berkenaan tidak hadir atas pelbagai sebab dan pihaknya akan memperinci­kan perkara berkenaan selepas ini.

Khairy berkata, sepatutnya kehadiran penerima suntikan vaksin Fasa Kedua pada hari pertama semalam antara 95 hingga 100 peratus namun pihaknya berpuas hati dengan kehadiran 84 peratus sekali gus menunjukka­n orang ramai yakin dengan vaksin yang diberi kerajaan.

“Kita juga minta supaya tiada pembaziran di PPV... kalau mereka yang diberi janji temu tak hadir, peraturan dia adalah tak bazir vaksin dan beri kepada siapa-siapa yang rela untuk terima vaksin,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? VAKSIN FASA KEDUA: Khairy (dua, kanan) beramah mesra dengan sebahagian warga emas yang hadir bagi mendapatka­n suntikan dos pertama vaksin COVID-19 pada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Fasa Kedua di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Tun Ali semalam.
— Gambar Bernama VAKSIN FASA KEDUA: Khairy (dua, kanan) beramah mesra dengan sebahagian warga emas yang hadir bagi mendapatka­n suntikan dos pertama vaksin COVID-19 pada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Fasa Kedua di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Tun Ali semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia