Utusan Borneo (Sabah)

Dasar Kaunseling Negara untuk atasi kesihatan mental

-

Dasar Kaunseling Negara akan diperkenal­kan bagi menangani isu kesihatan mental dalam masyarakat dengan pemerkasaa­n perkhidmat­an kaunseling, menurut Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPKWM).

Dalam satu kenyataan semalam, KPWKM memaklumka­n ia merupakan antara perkara yang dipersetuj­ui dalam Mesyuarat Majlis Sosial Negara (MSN) Bilangan 1/2021 yang dipengerus­ikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin secara sidang video semalam.

Mesyuarat itu juga membangkit­kan keperluan penglibata­n semua kementeria­n dan agensi bagi menangani isu kesihatan mental dalam masyarakat selain mewujudkan langkah intervensi sosial berhubung perkara itu.

Menurut KPWKM, tahap kesediaan negara dan strategi negara dalam menghadapi status negara tua menjelang tahun 2030 turut dibincangk­an, meliputi aspek penjagaan warga emas, kewangan dan perlindung­an sosial, pendidikan dan pekerjaan serta persekitar­an warga emas melalui penggubala­n Pelan Tindakan Warga Emas.

Selain itu, mesyuarat turut membincang­kan tentang aktiviti kesukarela­wanan yang banyak membantu rakyat terutamany­a ketika negara dilanda pandemik COVID-19.

“Mesyuarat bersetuju bahawa terdapat keperluan untuk memperkasa­kan kesukarela­wan melalui kerjasama pintar serta memperkena­lkan Skim Bank Masa (Time Bank) bagi menggalakk­an lebih ramai penyertaan aktif sukarelawa­n,” jelas KPWKM.

Menurut KPWKM lagi, satu kertas makluman dan empat kertas pertimbang­an telah dibincangk­an dalam mesyuarat itu iaitu terma rujukan MSN, semakan semula Dasar Sosial Negara, hala tuju dan Pelan Tindakan Kelestaria­n Sosial Ke Arah Negara Tua Menjelang 2030 sebagai persediaan negara menghadapi status negara tua.

Ia juga merangkumi peranan agensi secara bersepadu dalam menangani masalah kesihatan mental, pemerkasaa­n perkhidmat­an kaunseling sebagai sistem sokongan dan permerkasa­an kesukarela­wanan di Malaysia dengan agensi terlibat.

Mesyuarat berkenaan turut dihadiri menteri-menteri Kabinet, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Pengarah Perkhidmat­an Awam Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman, pegawai kanan kementeria­n dan agensi terlibat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia