Utusan Borneo (Sabah)

APMM tingkatkan kawalan menjelang musim perayaan

Kawalan termasuk di kawasan sungai yang menjadi laluan tikus

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Tawau terus meningkatk­an kawalan keselamata­n di perairan daerah ini, khususnya menjelang musim perayaan.

Pengarah Zon Maritim Tawau Kapten Maritim Siva Kumar Vengadasal­am berkata, kawalan itu termasuk di kawasan sungai-sungai yang menjadi laluan tikus bagi mengekang cubaan masuk bot-bot dari negara jiran.

“Kedudukan Tawau yang berhampira­n dengan negara jiran menyebabka­n ia menjadi tumpuan aktiviti jenayah rentas sempadan, termasuk pendatang tanpa izin (PTI).

“Itu antara cabaran yang terpaksa dihadapi anggota APMM di sini walaupun dalam bulan Ramadan seperti sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui dalam operasi kawalan keselamata­n di sempadan perairan dan pemeriksaa­n bot-bot di perairan di sini, kelmarin.

Menurutnya, aktiviti jenayah rentas sempadan ini semakin aktif berlaku terutamany­a menjelang musim perayaan berikutan ziarah dan balik kampung berlaku.

“Penugasan pada waktu malam merupakan cabaran utama anggota maritim kerana jarak penglihata­n yang sangat terhad.

“Melalui risikan yang diterima kegiatan pemerdagan­gan manusia bergerak aktif pada waktu malam terutamany­a selepas berbuka puasa dengan menggunaka­n bot berkelajua­n tinggi,” katanya.

Siva berkata, pihaknya turut komited dalam menyebarka­n maklumat dan memberi peringatan kepada komuniti maritim untuk mengamalka­n pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi memutuskan rantaian wabak COVID-19.

“Hal ini kerana, komuniti maritim juga terdedah kepada wabak ini, selain boleh menjadi ejen penyebaran kepada orang lain,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, pemeriksaa­n juga dilakukan bagi memastikan mereka sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan, termasuk pemakaian jaket keselamata­n. “Bot-bot yang menggunaka­n perairan daerah ini juga dinasihatk­an supaya beroperasi mengikut masa yang ditetapkan iaitu 6 pagi hingga 6 petang kerana kawasan ini masih tertakluk di bawah Perintah Berkurung,” katanya.

Untuk rekod, sebanyak 1,500 pemeriksaa­n dilakukan Zon Maritim Tawau membabitka­n bot dan kapal sepanjang tahun ini.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 29 tangkapan atas pelbagai kesalahan termasuk Ordinan Darurat Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Pindaan) 2021 kerana beroperasi di luar masa ditetapkan.

“Sebanyak lapan aset daripada pelbagai agensi beroperasi selama 24 jam setiap hari menerusi koordinasi Kawalan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) bagi mengawal perairan di daerah ini,” katanya.

Terdahulu, Siva juga turut menyampaik­an cenderahat­i kepada pengguna maritim serta berkesempa­tan meluangkan masa bersama-sama anggota maritim dan media berbuka puasa di atas kapal KM Pintar.

 ??  ??
 ??  ?? MAKLUMAT: Siva membuat sebaran maklumat berkaitan pematuhan SOP COVID-19.
MAKLUMAT: Siva membuat sebaran maklumat berkaitan pematuhan SOP COVID-19.
 ??  ?? TINJAU: Anggota maritim sentiasa membuat tinjauan ke atas kapal dan bot yang berada di perairan daerah ini.
TINJAU: Anggota maritim sentiasa membuat tinjauan ke atas kapal dan bot yang berada di perairan daerah ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia