Utusan Borneo (Sabah)

Teruskan amalan saling menyantuni

Perbuatan yang dilakukan dengan niat baik pasti akan mendapat balasan yang baik

- Oleh Siti Aisyah Narudin

TUARAN: Amalan saling menyantuni sesama masyarakat serta hidup dengan kasih sayang serta bermaafan perlu diteruskan terutama dalam bulan Ramadan.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Jahid Jahim berkata, perbuatan yang dilakukan dengan niat yang baik dan ikhlas pasti akan mendapat balasan yang baik serta keberkatan.

“Seseorang yang melakukan sesuatu dengan hati yang ikhlas, semua urusannya pasti akan dipermudah­kan dan diberkati Tuhan serta beroleh balasan yang baik berdasarka­n niat sucinya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Infaq Ramadan Menyantuni Golongan Asnaf di Masjid Kampung Betutai dekat sini kelmarin.

Program berkenaan adalah anjuran Syukbah

Hal Ehwal Wanita dan Kemasyarak­atan (SHEW) Masjid Bandaraya Kota Kinabalu dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Islam Perubatan Sabah Tuaran (PERKIPS) dan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli ini berkata, SHEW adalah ‘role model’ atau contoh kepada mana-mana badan atau badan bukan kerajaan (NGO) lain dan kerajaan menghargai usaha murni yang dilaksanak­an pihak berkenaan.

Katanya, dengan adanya program seperti itu, manamana pihak yang terpinggir, tertinggal dan mungkin tidak sempat disantuni dalam daerah berkenaan akan dapat didekati.

“Bagi pihak penerima, saya ingin mengucapka­n terima kasih kepada penganjur. Kepada penerima, terimalah sumbangan ini dengan hati terbuka, kita doakan agar seluruh jawatankua­sa penganjur akan mendapat keberkatan daripada yang Maha Kuasa,” katanya.

Terdahulu, pengerusi penganjur yang juga Pengerusi SHEW Masjid Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Dr. Suzain Suhaimi berkata, aktiviti itu adalah program tahunan setiap kali bulan Ramadan untuk mengeratka­n ukhuwah sesama umat Islam.

Turut hadir, Pengurus Besar Telekom Malaysia (TM) Sabah merangkap Yang Dipertua Badan Kebajikan Telekom (BAKIT) Datuk Mohd Sainal Mohd Amin; Pengerusi Persatuan

Kebajikan Islam Perubatan Sabah (PERKIPS) Cawangan Tuaran yang juga penganjur bersama program Tasim Taim, dan Ketua Kampung Betutai Malin Antamin.

 ??  ?? SUMBANGAN: Jahid (tiga kanan) menyampaik­an sumbangan kepada penerima pada majlis itu.
SUMBANGAN: Jahid (tiga kanan) menyampaik­an sumbangan kepada penerima pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia