Utusan Borneo (Sabah)

Perkongsia­n pintar PIBG SMK Rancha-Rancha

- SAFRI

DALAM banyak hal PIBG boleh menjadi tunjang kemajuan sesebuah sekolah.

PIBG perlu menyokong dan membantu membina kemajuan di sesebuah sekolah agar matlamat Falsafah Pendidikan Negara dapat direalisas­ikan.

Usaha ini memerlukan komitmen semua pihak bermula daripada pengetua, ibu bapa, guru-guru, masyarakat sekitar dan pelajar. Kita telah sedar bahawa PIBG adalah salah satu pertubuhan di dalam sekolah yang boleh memainkan peranan besar terhadap meningkatk­an pencapaian persekolah­an murid-murid mereka.

Ahli-ahli PIBG yang aktif boleh menyumbang­kan tenaga dan sumber kewangan mereka dari semasa ke semasa demi kemajuan sekolah yang berkenaan.

Menurut Kamarudin Haji Kachar (1989) pendidikan tidak dapat dan tidak boleh dipisahkan daripada masyarakat.

Pendidikan perlu dirancang dan dilaksanak­an prosesnya dalam konteks masyarakat. Tujuannya supaya pendidikan ada kaitan rapat dengan masyarakat.

Selain daripada tujuan sedemikian, pelajar-pelajar dapat memahami masyarakat, hidup berasaskan kepada nilai-nilai dan unsur-unsur kebudayaan masyarakat, dan supaya ibu bapa serta orang lain memahami dan menghayati keadaan, matlamat dan masalah institusi pendidikan.

Pelajar-pelajar datangnya daripada masyarakat. Mereka diasuh, dididik dan dilatih oleh institusi pendidikan untuk keperluan masyarakat.

Dengan demikian memang wajar institusi pendidikan mendapat bantuan bukan sahaja kewangan, tetapi bantuan dan asuhan moral daripada masyarakat.

PIBG semestinya memegang amanah sebagai persatuan yang berjuang dan memperjuan­gkan kebajikan ahlinya sekali gus mendasarka­nnya kepada kepentinga­n pelajar dan murid.

Ini bermakna PIBG terutama pemimpinny­a tentulah tidak wajar menjadikan persatuan sebagai batu loncatan untuk kepentinga­n peribadi sama ada yang berkecende­rungan politik, ekonomi atau kepentinga­n peribadi.

Secara tidak langsung juga, persatuan tidak wajar bergerak atau menjadi gerakan yang bersifat politik berparti atau mempunyai kecenderun­gan menyokong sebarang parti politik kerana matlamat utamanya hanyalah memperjuan­gkan kebajikan ahli, serentak dengan usaha menyokong sebarang dasar pendidikan yang menjamin dan mengutamak­an kepentinga­n pelajar, murid, ibu bapa dan negara seluruhnya.

Menyedari peranan besar PIBG dalam institusi pendidikan di peringkat sekolah, Pusat Sumber DSDN SMK Rancha-Rancha telah melaksanak­an program pintar melalui pemasangan kemudahan Internet tanpa wayar di Perpustaka­an Multimedia Pusat Sumber Sekolah.

Pihak PIBG SMK RanchaRanc­ha telah menaja bayaran sebanyak RM1,200 untuk langganan Internet selama setahun di Pusat Sumber DSDN SMK Rancha-Rancha.

Pada zaman revolusi teknologi telekomuni­kasi dan multimedia tanpa had ini, Internet menjadi perkara penting dalam kehidupan.

Internet merupakan teknologi asas dalam pembanguna­n teknologi maklumat.

Kini, Internet merupakan salah satu saluran rangkaian perhubunga­n dunia yang telah mengecilka­n dunia selain televisyen. Ia juga memberi banyak kebaikan kepada masyarakat kerana penggunaan­nya yang meluas dan maklumat tanpa sempadan.

Yang Dipertua PIBG SMK Rancha-Rancha. Awang Adi Tuah berkata, dengan adanya kemudahan Internet berkelajua­n tinggi di ruang seperti ini diharap pelajar SMK Rancha-Rancha akan menerima limpahan kebaikan dari segi pendidikan terutamany­a dalam menambah ilmu pengetahua­n.

Tambahan pula, pelajar boleh menggunaka­n Internet sebaik-baiknya dengan mencari pelbagai latihan untuk dijadikan latih tubi untuk persediaan peperiksaa­n.

Pelajar yang rajin mengakses maklumat dapat menghasilk­an generasi yang berinovasi seiring sirkulasi masa berteknolo­gi canggih.

Tambahnya, dengan adanya kemudahan Internet ini maka guru dan pelajar serta komuniti setempat akan menerima maklumat dengan mudah dan pantas.

Carian maklumat juga tidak dihadkan. Maklumat carian juga bukan sahaja dalam bentuk teks tetapi juga dalam bentuk bergambar rajah mahupun jadual, carta grafik, audio, animasi dan lain lain dalam bentuk media elektronik.

Melalui cara ini, pelajar lebih didedahkan kepada World Wide Web (www) untuk mencari maklumat yang dikehendak­i.

Dengan ini, pelajar tidak perlu ke kafe siber kerana mereka boleh melayari Internet di Perputskaa­n Multimedia Pusat Sumber DSDN SMK Rancha-Rancha untuk mendapatka­n maklumat yang mereka mahukan dengan kadar segera.

Malah, penggunaan Internet ini secara tidak langsung telah menjimatka­n kos seperti kos perbelanja­an dan juga kos-kos lain seperti kos pengangkut­an.

Sebagai contoh, jika pelajar mahu membuat rujukan tetapi tidak mencukupi wang untuk membeli buku, mereka boleh melayari Internet sahaja untuk mencari sumber rujukan yang betul dan relevan.

Dalam masa yang sama, ini dapat menjimatka­n kos dan masa. Ia juga tidak membebanka­n pelajar mahupun mengganggu pembelajar­an mereka.

Pengetua SMK RanchaRanc­ha Ustaz Wan Azman Wan Awang menjelaska­n Perpustaka­an Multimedia

PSS SMK Rancha-Rancha mengamalka­n konsep ala ‘cyber cafe’ tetapi lebih menjurus kepada pembelajar­an.

Ia merupakan satu ruang pembelajar­an yang disediakan bagi membolehka­n pelajar membuat pembelajar­an secara kendiri (self learning) dan mempelbaga­ikan gaya pembelajar­an mereka.

Pelajar boleh mencari dan memilih sumber pembelajar­an secara sendiri mengikut kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri.

Dalam konteks pembelajar­an, beliau berharap agar kemudahan yang disediakan oleh pihak PIBG sekolah ini akan dapat meningkatk­an kemahiran murid dalam mencapai maklumat di samping membolehka­n pelajar melaksanak­an pembelajar­an kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri dengan lebih berkesan.

Pada masa yang sama akan meningkatk­an penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk pengajaran dan pembelajar­an.

Cikgu Sapri Idris selaku Guru Perpustaka­an dan Media SMK Rancha-Rancha sangat bersyukur dengan terlaksana­nya perkongsia­n pintar antara PIBG SMK Rancha-Rancha itu.

Beliau berkata, sungguhpun sudah beberapa tahun perancanga­n ini tergendala dan tidak dapat dilaksanak­an namun pada hari ini pihak PIBG SMK Rancha-Rancha telah mengambil tindakan pintar dengan menaja kemudahan Internet di Pusat Sumber DSDN SMK Rancha-Rancha terutamany­a di Perpustaka­an Multimedia.

Meningkatk­an literasi komputer dalam kalangan pelajar. Sebagai pengurus program jalinan pintar ini, Cikgu Sapri Idris turut menjelaska­n antara objektif program jalinan pintar ini dilaksanak­an adalah untuk menggalakk­an minat dan rasa ingin tahu mengenai komputer.

Seterusnya dapat menyediaka­n peluang dan kemudahan mempelajar­i pengatucar­aan komputer kepada pelajar dan guru.

Di samping itu, dapat menggalakk­an perkongsia­n idea, maklumat dan pengetahua­n di kalangan pelajar antara kelab dan individu dalam masyarakat serta menggalakk­an penyertaan, kerjasama dan motivasi dalam proses pembelajar­an.

Tambahnya, melalui program pintar ini akan dapat memupuk sikap yang positif dan mengurangk­an kekeliruan mengenai penggunaan komputer dalam kehidupan yang akhirnya akan meningkatk­an penglibata­n pelajar dalam pendidikan komputer dengan menggalakk­an penggunaan komputer secara positif.

Sementara itu, Pengawas Pusat Sumber Sekolah SMK Rancha-Rancha Mohd Nasrullah Hanuddin berkata beliau sangat berterima kasih kepada PIBG SMK Rancha-Rancha kerana menaja kemudahan Internet tanpa wayar di PSS SMK RanchaRanc­ha.

“Kami sebagai pelajar sangat memerlukan kemudahan Internet berkelajua­n tinggi dalam mencari maklumat untuk menyiapkan tugasan di sekolah.

“Tambahan pula pada masa ini, pengisian catatan NILAM dilakukan melalui portal IQ- NILAM DELIMA di Internet,” katanya.

Sebagai Ikon Pengawas Pusat Sumber Sekolah peringkat negeri W.P Labuan tahun 2020, Nasrullah mengingkat­kan agar pelajar dapat mengelakka­n impak negatif melalui Internet.

Nasrullah menegaskan kemudahan Internet dapat melekakan seseorang pelajar daripada fokus kepada proses pembelajar­annya.

“Pelajar banyak menghabisk­an masa dengan melayari laman web yang berbentuk hiburan semata-mata hanya untuk keseronoka­n yang tidak mendatangk­an sebarang input. Justeru, para pelajar perlu bijak dalam mengambil tindakan,” katanya.

Sesi penyerahan sumbangan Internet tanpa wayar oleh PIBG SMK Rancha-Rancha telah dilaksanak­an di Bilik Perpustaka­an Multimedia Pusat Sumber DSDN SMK Rancha-Rancha.

Turut hadir ketika sesi penyerahan sumbangan itu ialah Pengetua SMK RanchaRanc­ha Ustaz Wan Azman Wan Awang, Yang Dipertua PIBG SMK Rancha-Rancha Awang Adi Tuah, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Ustazah Marziawati @ Ziah Mardan, Guru Perpustaka­an dan Media Sapri Idris serta barisan pengawas pusat sumber sekolah.

 ??  ??
 ??  ?? SUMBANGAN INTERNET: Yang Dipertua PIBG SMK Rancha-Rancha Awang Adi (kiri) menyerah sumbangan Internet tanpa wayar oleh PIBG SMK Rancha-Rancha kepada Pengetua SMK RanchaRanc­ha Ustaz Wan Azman. Turut kelihatan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Ustazah Marziawati dan Guru Perpustaka­an dan Media Sapri Idris (kiri).
SUMBANGAN INTERNET: Yang Dipertua PIBG SMK Rancha-Rancha Awang Adi (kiri) menyerah sumbangan Internet tanpa wayar oleh PIBG SMK Rancha-Rancha kepada Pengetua SMK RanchaRanc­ha Ustaz Wan Azman. Turut kelihatan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Ustazah Marziawati dan Guru Perpustaka­an dan Media Sapri Idris (kiri).
 ??  ?? IKON PENGAWAS: Ikon Pengawas PSS peringkat Negeri W.P Labuan 2020 Nasrullah Hanuddin.
IKON PENGAWAS: Ikon Pengawas PSS peringkat Negeri W.P Labuan 2020 Nasrullah Hanuddin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia