Utusan Borneo (Sabah)

Percepat panggilan imunisasi COVID-19

-

KOTA KINABALU: Persekutua­n Persatuan-Persatuan Cina Malaysia (Huazong) meminta kerajaan Persekutua­n untuk mempercepa­t Program Imunisasi COVID-19 untuk Sabah dan Sarawak, sehingga kedua-dua negeri ini dapat keluar dari zon merah atau Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) seterusnya untuk mencapai sasaran ‘imunisasi total’.

Presidenny­a Tan Sri T.C Goh mengusulka­n agar, selain memberi keutamaan kepada kumpulan barisan hadapan, golongan tua dan berisiko tinggi, kerajaan juga harus mengutamak­an mereka yang kini berada di zon merah atau di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD).

Beliau percaya bahawa langkah ini dapat membantu mengatasi dan mengurangk­an penyebaran COVID-19 di wilayah yang terkesan.

Goh berkata, sejumlah 524,000 individu yang mendaftar pada fasa pertama Program Imunisasi COVID19 Kebangsaan telah selesai menerima kedua-dua dos vaksin, mereka juga adalah 1.7% daripada jumlah penduduk di Malaysia, Sabah kini mempunyai jumlah individu terendah yang berdaftar untuk vaksinasi. Oleh itu, kerajaan harus meningkatk­an usaha untuk meningkatk­an angka berkenaan.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan mengulas status COVID-19 Sabah, daripada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berbalik kepada PKPB berkuat kuasa dari 29 April hingga 17 Mei.

Ini berikutan beberapa lonjakan kes COVID-19 yang secara signifikan mengurangk­an zon hijau dan peningkata­n zon merah di negeri ini. Selain itu, kini terdapat 33 kawasan yang diletakkan di bawah PKPD.

Beliau juga menyatakan bahawa dalam pengumuman terbaharu PKPB untuk Sabah yang dibuat oleh kerajaan, peraturan (SOP) yang berlaku selama PKPP akan dikekalkan termasuk waktu perniagaan, ‘dinein’ dibenarkan, dan sektor ekonomi serta pendidikan tetap dibuka.

Oleh itu, beliau memuji kerajaan kerana mencapai keseimbang­an yang baik dalam memerangi COVID-19 serta menjaga ekonomi, dengan mewajibkan masyarakat dan perniagaan untuk terus mematuhi sepenuhnya SOP, sambil meneruskan urusan harian mereka.

Selain itu, Goh juga berharap kerajaan, terutamany­a Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) dapat mengerahka­n lebih banyak doktor dan staf perubatan ke Sabah untuk membantu mengatasi dan menangani lonjakan COVID-19, terutama di pantai timur Sabah, di mana situasinya dilaporkan agak membimbang­kan.

Baru-baru ini dilaporkan bahawa Hospital Daerah Tawau menghadapi kekurangan katil, sementara kemudahan kuarantin COVID-19 dipenuhi oleh pesakit.

Beliau juga meminta masyarakat Sabah, khususnya masyarakat Cina, untuk terus waspada dan mematuhi sepenuhnya SOP dalam meneruskan kehidupan mereka.

 ??  ?? GOH
GOH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia