Utusan Borneo (Sabah)

PENJENAYAH BERSENJATA MAUT DITEMBAK

Suspek yang aktif melakukan kes curi dan pecah rumah disahkan meninggal dunia akibat terkena tembakan

- Oleh Hamzah Sanudin

SEMPORNA: Seorang penjenayah bersenjata yang aktif melakukan kes curi dan pecah rumah di daerah ini disahkan meninggal dunia di Hospital Semporna selepas terkena empat das tembakan.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, sepasukan polis dari cawangan jenayah melakukan serbuan ke atas sebuah rumah atas air tidak bernombor di Kampung Panji, di sini selepas menerima maklumat awam.

Ketua Polis Daerah Semporna Superinten­dan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, semasa serbuan dilakukan, suspek berumur 40 tahun, berada di salah sebuah bilik di rumah terbabit.

“Menyedari kehadiran polis, lelaki itu bertindak mengambil sebilah parang sebelum melibas dan cuba menyerang polis.

“Polis terpaksa melepaskan satu das tembakan ke arah paha sebelah kanan suspek untuk tujuan mempertaha­nkan diri,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Bagaimanap­un, suspek masih bertindak agresif terus cuba menyerang polis sambil melibas parangnya menyebabka­n satu lagi

tembakan dilepaskan mengenai perutnya.

“Suspek masih berusaha menetak anggota polis yang menyebabka­n dua lagi tembakan terpaksa dilepaskan mengenai perut dan rusuk kanan sebelum lelaki itu rebah di lantai.

“Suspek kemudian dihantar ke Hospital Semporna sebelum disahkan meninggal dunia jam 12.40 tengah malam,” katanya.

Menurutnya, suspek

dipercayai aktif melakukan jenayah itu dengan sembilan kes pecah rumah dan curi di sekitar daerah ini sejak tahun lalu.

“Pihak polis dapat mengesan kegiatan jenayah suspek sebelum ini berdasarka­n maklumat risikan dan perbanding­an cap jari.

“Suspek juga mempunyai empat rekod jenayah lampau sejak tahun 2008 dan telah dipenjara selama beberapa tahun termasuk

satu kes serangan ke atas polis menggunaka­n parang pada tahun 2013,” katanya.

Mohd Farhan berkata, sehingga kini polis masih menunggu ujian saringan COVID-19 sebelum bedah siasat dilakukan bagi mengetahui punca sebenar kematian suspek.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana kesalahan cubaan membunuh,” katanya.

 ??  ?? SIDANG MEDIA: Mohd Farhan (tengah) menunjukka­n senjata yang digunakan suspek.
SIDANG MEDIA: Mohd Farhan (tengah) menunjukka­n senjata yang digunakan suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia