Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki maut dirempuh dalam kemalangan

- Oleh Hamzah Sanudin

SEMPORNA: Seorang lelaki berusia 50 tahun maut dirempuh dalam kemalangan di Jalan Kubang Pinang, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, mangsa maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan beberapa anggota badan lain.

Ketua Polis Daerah Semporna Superinten­dan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, mangsa dikatakan melintas jalan secara melulu sebelum dirempuh sebuah kenderaan motokar yang dipandu seorang lelaki.

“Pemandu motokar terbabit mendakwa ketika kejadian, mangsa dikatakan melintas jalan secara tiba-tiba menyebabka­nnya tidak sempat mengelak lalu merempuh mangsa.

“Akibat rempuhan itu, mangsa tercampak beberapa meter dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan anggota badan lain,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi.

“Tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada mangsa dan orang ramai yang mengenali mangsa atau kehilangan ahli keluarga diminta hadir ke balai polis berhampira­n bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian berasingan, seorang remaja lelaki maut selepas kenderaan yang dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas ke parit di Kampung Sungai Buaya sebaik sahaja selesai berbuka puasa, jam 7.25 malam, kelmarin.

Mangsa Asman Dahlan, 17, ditemuiora­ngramaidal­amkeadaan tidak sedarkan diri kira-kira tiga meter dari kenderaann­ya.

MohdFarhan­berkata,mangsa dikatakan dalam perjalanan ke Kampung Indani selepas menghantar­ibunyadiKa­mpung Sungai Buaya.

“Setakat ini, polis percaya mangsa gagal mengawal kenderaann­ya dan terbabas sendiri berdasarka­n siasatan awal di lokasi kejadian.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan, diminta tampil menghubung­i Pegawai Penyiasat Inspektor Alauddin Salehudin di talian 013-6420184 bagi membantu siasatan,” katanya.

Kedua-dua kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia