Utusan Borneo (Sabah)

Suri rumah cemas pokok besar di hadapan rumah tumbang

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Seorang suri rumah mengalami detik cemas apabila sebatang pokok besar di hadapan rumahnya tiba-tiba tumbang sehingga menutup laluan utama Kampung Tanjung Batu Darat, di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, Sanisah Sahar, 44, panik apabila terdengar dentuman sehingga rumahnya mengalami gegaran.

Katanya, pada ketika itu dia berada di dapur sedang memotong sayur untuk persiapan berbuka puasa sebelum mendengar bunyi kuat sekali gus menggegark­an rumahnya.

“Memang pada masa itu cuaca hujan diikuti angin kencang, namun tidak menyangka pokok besar di hadapan rumah ini boleh tumbang.

“Anak saya yang ketika itu berada di ruang tamu pun menangis kerana dentuman kuat dan gegaran di dalam rumah seakan-akan gempa bumi,” katanya.

Sanisah berkata, dia terus bergegas mendapatka­n anaknya kerana takut ada perkara yang tidak diingini berlaku ke atas rumahnya.

“Saya terus tinggalkan sayur yang dipotong untuk

mendapatka­n anak saya sambil melihat ke arah luar untuk mengetahui keadaan sebenar.

“Apabila melihat di hadapan rumah, pokok besar itu sudah tumbang menutup laluan utama dan orang ramai sudah ramai berkumpul,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam

Malaysia (APM) Tawau Kapten Hussain Mohd Noor ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.20 petang.

Katanya, seramai empat anggota bersama sebuah kenderaan FRT CS304 dikerahkan ke tempat kejadian dan tiba ke lokasi kejadian kira-kira 20 minit kemudianny­a.

“Kerja-kerja memotong pokok dan membersihk­an laluan kampung itu turut dibantu oleh penduduk dan selesai kira-kira jam 2.15 petang.

“Tiada kemalangan jiwa serta kerugian harta benda dilaporkan dan difahamkan pokok yang tumbang itu sudah berusia lebih 40 tahun,” katanya.

 ??  ?? BANTUAN: Anggota APM bersama penduduk bekerjasam­a memotong pokok tumbang terbabit.
BANTUAN: Anggota APM bersama penduduk bekerjasam­a memotong pokok tumbang terbabit.
 ??  ?? SANISAH
SANISAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia