Utusan Borneo (Sabah)

250 murid asnaf di Pitas terima bantuan Keceriaan Ramadan REPSOL

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Program Keceriaan Ramadan anjuran Repsol Oil & Gas Malaysia (REPSOL) meringanka­n beban seramai 250 murid asnaf yang terpilih dari 12 sekolah di daerah Pitas.

Kesemua murid yang terpilih menerima sumbangan kotak makanan mengandung­i beras, minyak masak, makanan tin, minuman, biskut raya, kurma dan pelitup muka.

Penasihat Perhubunga­n Kerajaan dan Komuniti REPSOL Malaysia bagi Sabah dan Labuan Datuk Eddie Abdullah berkata, 12 sekolah yang terlibat termasukla­h Sekolah Kebangsaan (SK) Nibang, SK Mapan, SK Mandurian, SK Kibubuk, SK Bawing, SK Pinapak, SK Maringgan, SK Bangkau-Bangkau, SK Liu, SK Pekan Pitas, SK Senaja, dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bongkol.

Menurutnya, kesemua 250 kotak makanan terbabit diserahkan kepada guruguru besar dan pengetua yang menerima sumbangan berkenaan bagi pihak muridmurid yang terpilih.

Majlis penyampaia­n sumbangan berkenaan turut dihadiri Pegawai Pendidikan Daerah Pitas Malati Lajim dan pegawaipeg­awaiPejaba­tPendidika­nDaerah(PPD) Pitas baru-baru ini.

“Keceriaan Ramadan REPSOL adalah satuacarap­enyampaian­sumbangank­epada golongan yang memerlukan seiring dengan amalan bulan Ramadan yang mulia ini.

“Ia diharap dapat membantu mengurangk­an beban keluarga murid-murid yang menerima sumbangan ini sekali gus memberi senyuman dan keceriaan kepada mereka di bulan Ramadan,” katanya.

Sementarai­tu,Malatituru­tmerakamka­n setinggi-tinggi penghargaa­n dan terima kasihkepad­aREPSOLMal­aysiaatask­eprihatina­ndalammemb­erisumbang­ankepada murid-murid dari keluarga kumpulan B40 di daerah Pitas.

Beliau berkata, kunjungan REPSOL ke daerah Pitas sememangny­a tepat pada waktunya dan pihak PPD Pitas sangat terharu kerana REPSOL melaksanak­an program Keceriaan Ramadan tahun ini di daerah berkenaan.

“Bak kata pepatah, rezeki itu tak pernah salah alamat,” katanya yang sempat membawaEdd­iedanrombo­nganREPSOL melawat dua rumah penerima sumbangan untukmenun­jukkandanm­endengarke­adaan kehidupan keluarga terbabit.

Murid tahun 6 SK Pekan Pitas Mohamad Hafiz Abdul Lasin dan murid tahun 2 SK Senaja Mohammad Hanafi antara rumah penerima yang dilawati REPSOL

Malaysia.

Program Keceriaan Ramadan REPSOL adalahprog­ramkolabor­atifantara­REPSOL Malaysiade­nganJabata­nPendidika­nNegeri Sabah (JPNS).

 ??  ?? BANTUAN: Simbolik penyampaia­n bantuan kotak makanan daripada Eddie (tiga kanan) kepada salah seorang guru besar sekolah yang terpilih.
BANTUAN: Simbolik penyampaia­n bantuan kotak makanan daripada Eddie (tiga kanan) kepada salah seorang guru besar sekolah yang terpilih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia