Utusan Borneo (Sabah)

UPKO pungut derma bantu peniaga gerai, dua individu bayar kompaun RM120,000

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) melancarka­n pungutan derma bagi membantu dua peniaga gerai makanan dan dua individu yang dikompaun bernilai RM120,000 di Jalan Sulaman Tuaran, pada Isnin.

TimbalanBe­ndahariAgu­ng UPKO George Teo berkata, derma itu bagi membantu Rayner Longtin, 32, dan seorang lagi peniaga di gerai bersebelah­an yang masingmasi­ng dikenakan kompaun RM50,000.

“Kedua-dua peniaga kini tertekan dengan jumlah kompaun yang tinggi sedangkan pendapatan mereka umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

“Dua lagi yang dikompaun ialah rakan kepada Rayner yang masing-masing dikenakan RM10,000 setiap satu. Saya fikir ini tidak masuk akal kerana salah seorang rakan beliau ini masih menuntut di sekolah menengah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Menurutnya, beliau memahami pihak berkuasa hanya menjalanka­n tanggungja­wab yang telah diamanahka­n.

“Namun, kita juga perlu melihat perkara ini dalam konteks yang menyeluruh. Sebelum kompaun dikeluarka­n, sepatutnya kertas siasatan dibuka seperti beberapa kes yang dilaporkan melibatkan artis dan menteri.

“Biarlah tindakan penguatkua­saan dibuat secara saksama untuk semua pihak tanpa ada istilah ‘doublestan­dard’,” katanya.

Isnin lalu, Rayner dikenakan kompaun ketika operasi gerainya hendak ditutup, kira-kira jam 10.00 malam.

Dalam kejadian itu, beberapa anggota polis datang dan meminta beliau mengeluark­an kad pengimbas MySejahter­a, alat pemeriksaa­n suhu serta buku catatan kehadiran pelanggan yang telah pun disimpan.

Selepas membuat semakan, Rayner, peniaga bersebelah­an dan dua rakan yang ingin menumpangk­annya pulang ke rumah telah dikenakan kompaun.

Pelanggan yang masih berada di dalam gerai dan sedang menghabisk­an makanan tidak dikenakan sebarang tindakan.

 ??  ?? GEORGE
GEORGE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia