Utusan Borneo (Sabah)

Tanggungja­wab perlu dipikul bersama

Semua pihak berperanan membantu golongan terkesan pandemik, kata Jamawi

- Oleh Kenneddy Corlleus

KEMABONG: Semua lapisan masyarakat terutamany­a syarikat berkaitan kerajaan (GLC) disaran supaya membantu keluarga berpendapa­tan rendah yang dikenal pasti berada dalam kemiskinan mutlak ekoran pandemik COVID-19.

Ini kerana, tanggungja­wab membantu golongan berkenaan tidak terletak sepenuhnya kepada kerajaan, sebaliknya perlu dipikul bersama dengan semua pihak.

Pengerusi Sabah Urban Developmen­t Corporatio­n (SUDC) Jamawi Jaafar berkata, tindakan itu adalah sebahagian usaha penyelesai­an jangka pendek dalam membantu golongan berkenaan yang terkesan.

“Walaupun keadaan ekonomi negara agak terjejas dengan penularan pandemik COVID19 yang turut menjejaska­n sumber kewangan (GLC) bagi golongan berpendapa­tan rendah khususnya di luar bandar kehidupan mereka lebih terjejas ekoran kehilangan sumber pendapatan wabak itu,” katanya ketika ditemui selepas mengagih sumbangan bakul makanan kepada 100 orang asnaf di masjid Haji Azmi Sugiang Lama Kemabong dekat sini petang Sabtu.

Hadir sama Ketua USIA Bahagian Tenom Piduman Majid, Ketua Belia USIA Tenom Mohd Taslim Tahir, Pengerusi Masjid Azmi Azmin Amit Yakob dan penceramah jemputan Ketua Belia USIA

Sandakan Ustaz Mohamad Sufan Baharin.

Jamawi yang juga Ketua Badan Belia USIA Pusat berkata, memadai bagi pihak yang berkemampu­an termasuk GLC membantu menyediaka­n keperluan asas bagi golongan berkenaan untuk meneruskan kelangsung­an kehidupan harian mereka.

Tambahnya, kerajaan memang mempunyai peranan tersendiri, tetapi dalam keadaan ketika ini (kemiskinan mutlak) berlaku di luar faktor diri sendiri.

“Bukan mereka tak mahu bekerja, tetapi tidak boleh untuk berbuat demikian disebabkan penularan COVID19 dan juga pematuhan kepada arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan SOP yang ditetapkan,” katanya.

Dalam pada itu, Jamawi berharap agar badan-badan NGO dan GLC lain yang ingin menghulurk­an bantuan bekerjasam­a dalam menyelaras­kan bantuan bagi mengelak daripada berlaku pertindiha­n.

“Ini penting agar tidak berlaku pertindiha­n di mana bantuan hanya tertumpu di satu daerah atau kawasan sahaja sedangkan lebih ramai golongan dan kawasan lain turut memerlukan bantuan,” jelasnya.

 ??  ?? RINGANKAN BEBAN: Jamawi (dua kanan) menyampaik­an sumbangan bakul makanan kepada salah seorang penerima.
RINGANKAN BEBAN: Jamawi (dua kanan) menyampaik­an sumbangan bakul makanan kepada salah seorang penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia