Utusan Borneo (Sabah)

PERKESO, JaPen sebar luas MyFuture Jobs

-

KOTA KINABALU: Kerjasama Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) dan Jabatan Penerangan Negeri Sabah (JaPen) menyebarlu­askan kepentinga­n Portal MyFuture Jobs.

Menurut Pegawai Tadbir Sistem Insuran Pekerjaan PERKESO Ainah Awang, MyFuture Jobs merupakan platform baharu di bawah kendalian Perkeso.

“MyFuture Jobs merupakan satu platform yang dilaksanak­an oleh PERKESO di bawah bahagian Sistem Insurans Pekerjaan (SIP).

“Ia adalah portal yang disediakan untuk membantu masyarakat yang belum bekerja mendapatka­n pekerjaan berdasarka­n padanan kerja dan kemahiran.

“Selain itu, portal ini juga akan memudahkan pencari kerja mengetahui lokasi dan bilangan kekosongan kerja sesuatu tempat kerana semua data tersebut dipaparkan pada portal MyFuture Jobs,” katanya ketika ditemui media di Pejabat Penerangan Negeri, pada Jumaat.

Dalam pada itu, Ainah juga berharap agar kerjasama yang dicapai akan berterusan, menyedari kepentinga­n MyFuture Jobs untuk diuar-uarkan kepada masyarakat luar bandar.

“Saya berharap kerjasama ini berterusan memandangk­an JaPen mempunyai program yang efektif untuk menyebarka­n maklumat sehingga ke daerah-daerah.

“Program seperti Influencer dan Info On Wheels (IOW) juga sangat sesuai dijadikan medium penyebaran portal ini kepada masyarakat di pedalaman yang mencari pekerjaan,” katanya.

Hadir sama, Pengarah Penerangan Sabah Nadzerah Abdullah, Pegawai Bahagian

Majikan Puspakom Mashtan Maspor, Pegawai Eksekutif

Talent Puspakom Ag. Mohd Fadzlan dan Pegawai Bahagian

Latihan Puspakom Joewel David. — Penerangan

 ??  ?? PENERANGAN: Sesi penerangan dan suai kenal pihak PERKESO dan JaPen.
PENERANGAN: Sesi penerangan dan suai kenal pihak PERKESO dan JaPen.
 ??  ?? IKHLAS: Ainah (empat kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Nadzerah.
IKHLAS: Ainah (empat kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Nadzerah.
 ??  ?? PENGHARGAA­N: Ainah (empat kanan) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Nadzerah.
PENGHARGAA­N: Ainah (empat kanan) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Nadzerah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia