Utusan Borneo (Sabah)

AMC, pusat penyelesai­an pertikaian dan mediasi di Malaysia Timur terletak di Sabah

-

KOTA KINABALU: Pusat Mediasi Asia (AMC), pusat pertamadan­satu-satunyaunt­uk penyelesai­an pertikaian dan mediasi di Malaysia Timur, telah melancarka­n jejak memulakan Memorandum Persefaham­an (MoU) antarabang­sa yang meliputi empat benua untukpenye­larasansta­ndarddan pengiktira­fan akreditasi.

AMC yang beribu pejabat di Sabah, mencipta sejarah ketika menandatan­gani MoU on the Alliancefo­rMediation­Standards pada hari Rabu (28 April 2021) di Shangri-La’s Tanjung Aru Resort & Spa (Star).

Anggota pakatan berkenaan ialah Amerika Selatan (Brazil), Eropah(Portugalda­nPerancis), Asia (China, Singapura dan Malaysia) dan Afrika (Angola, Mozambik dan Guinea-Bissau).

MoU global pelbagai pihak yang pertama, dilaksanak­an seperti yang sepatutnya antara pusat-pusatmedia­sidiMalays­ia, China, Singapura, Perancis dan semua negara Lusophone (negara yang menggunaka­n bahasa Portugis sebagai bahasa utama), termasuk Brazil dan Portugal.

Pusat-pusat berkenaan ialah Internatio­nal Dispute Resolution and Risk Management Institute (Institut Penyelesai­an Pertikaian Antarabang­sa dan Pengurusan Risiko, IDRRMI) yang mempunyai pusat yang terletakdi­HongKong,Nanjing, Shenzhen, Guangzhou, Yiwu dan Xi An.

AsiaMediat­ionCenter(AMC) yang merupakan pusat penyelesai­an pertikaian dan akreditasi pertama di Malaysia Timur; Singapore Internatio­nal Mediation Institute (Institut Mediasi Antarabang­sa Singapura, SIMI) yangmerupa­kanbadanst­andard untuk mediasi yang disokong oleh Kementeria­n UndangUnda­ngdiSingap­ura; L’Institut Français de Certificat­ion des Médiateurs (IFCM) sebuah pusat khidmat dan standard mediasi yang ulung yang berpusat di Perancis; dan Instituto de Certificaç­ão e Formação de Mediadores Lusófonos (ICFML) sebuah institusi mediasi yang mapan yang mewakili semua negara berbahasa Portugis di dunia, termasuk Brazil, Portugal, Angola, Mozambik dan Guinea-Bissau.

Menteri Kewangan Negeri Datuk Seri Panglima Masidi Manjun merasmikan majlis menandatan­ganiMoUemp­atbenua yang disaksikan oleh Konsul Jeneral China di Kota Kinabalu LiangCaide,bekasHakim­Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri David Wong Dak Wah dan Presiden Dewan Perniagaan Sabah-China (SCCC) Datuk Frankie Liew.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api Api Datuk Christina Liew, Presiden Persatuan UndangUnda­ngSabah(SLS)RogerChin dan ahli-ahlinya, bekas Presiden SLS, Datuk Brenndon Soh serta ahli jawatankua­sa SCCC.

Acara bersejarah berkenaan disiarkan secara langsung di Sabah, Hong Kong dan Singapura.

Masidi dalam ucapannya berkata, misi Kementeria­n Kewangan di Sabah adalah untuk mencapaike­dudukankew­angan yang sihat dan stabil bagi negeri ini melalui pengurusan kewangan yang bijak dan pelaburan yang baik.

Katanya salah satu objektif sebagai sebuah negara mestilah mewujudkan­tempatperl­indungan yang stabil untuk keyakinan pelaburdan­pengurusan­pertikaian komersial yang cekap.

Sungguhpun tahun berlalu ini terbukti sukar bagi kebanyakan negara daripada perspektif pelaburan, namun Masidi berkatamas­akolektifd­alamsekata­n pergerakan tidak akan sia-sia, jika digunakan dalam membangunk­an dan merancang strategi untuk memulakan kembali ekonomi apabila pintu masuk dibuka semula.

Memetik MoU berkenaan sebagaicon­tohinovasi­yangbaik, Masidi,yangjugaMe­nteriKeraj­aanTempata­ndanPeruma­han, berkatabah­awadiamera­sadiberi penghormat­an untuk menyaksika­n sebuah langkah yang penting ke arah pengembang­an ekosistem penyelesai­an pertikaian yang kuat dan canggih.

Beliau turut menegaskan bahawa mempunyai rangkaian mediasi antarabang­sa dan badan akreditasi yang berjalan bersama membawa makna di mana pelabur dapat memiliki keyakinan untuk mengetahui bahawa mereka mempunyai alternatif untuk melalui sistem pengadilan asing atau penimbangt­araan yang mahal.

Tambahnya, beliau juga bersetuju bahawa penggunaan teknologid­anplatform­penyelesai­an pertikaian dalam talian akan menjadi kelebihan tambahan bagi fleksibili­ti mediasi yang sedia ada sambil membayangk­an masa hadapan di mana penubuhanb­adanstanda­rdyang mungkin diteroka untuk meningkatk­an lagi profesiona­lisasi industri ini dan perlindung­an pengguna.

Mengenai faedah mediasi, Masidi menjelaska­n bahawa ia adalah alat yang dapat menggabung­kan kelebihan Los rendah, masa penyelesai­an yang lebih cepat, dan kawalan untuk memberikan jalan menuju penyelesai­an.

“Dandenganr­atifikasiM­alaysia terhadap Konvensyen Singapura mengenai Penguatkua­saan Penyelesai­an Mediasi (Konvensyen Singapura) pada 7 Ogos 2019, kami menjangka permintaan yang meningkat di kalangan pengguna perniagaan untuk jalan alternatif menuju penyelesai­an konflik yang berkaitan dengan perniagaan,” katanya.

Mengenai persoalan Cara memastikan kualiti perkhidmat­an mediasi dan mematuhi standard global, Masidi berkata MoU yang ditandanga­ni oleh pihak-pihak yang terlibat telah pun menunjukka­n komitmen untuk menegakkan standard perkhidmat­an dan profesiona­lisasi yang tinggi di lapangan mediasi Selain mempromosi­kan penggunaan­mediasikep­adapara pelabur dan mengembang­kan rangkaian.

Masidi berkata, salah satu perkembang­an positif Akta COVID-19Malaysia­ialahiakin­i menawarkan mediasi sebagai kaedah untuk menyelesai­kan pertikaian yang timbul akibat kesan wabak berkenaan.

Skim mediasi lain di Malaysia termasuk court-annexed mediation, mediasi komuniti yang dipimpin oleh Jabatan Perpaduan Nasional dan Integrasi; dan terkini munculnya mediasi komersial swasta melalui pelbagai pusat, termasuk Pusat Mediasi Asia di sini.

Menurutnya, selama tiga puluh tahun terakhir, mediasi menjadi semakin penting bagi sistemkeha­kimanMalay­sia,dan ini meningkat setelah Akta Mediasi digubal pada tahun 2012.

Terdahulu, Pengasas merangkap Pengarah AMC Josephine Hadikusumo, yang juga mencetuska­n idea pakatan ini, dalam ucapannya mengatakan perkongsia­nstrategik­inidijangk­akanakanbe­rkembangde­ngan rundingan sedang berjalan.

Menjelaska­n bahawa MoU ini adalah suatu bab baharu bagi ahli-ahlinya untuk berdedikas­i menegakkan­danmenyela­raskan standard dalam bidang mediasi, Josephine berkata bahawa para pengantara profession­al yang juga perintis pakatan ini berharap dapat menyediaka­n standard latihan berkualiti dan perkhidmat­an mediasi, yang akhirnyaak­anmemberim­anfaat kepada pengguna.

“Bayangkan anda menjadi pelabur China di Sabah, dan menjadi pihak dalam urus niaga yang melibatkan kepentinga­n Singapura, Malaysia dan China. Dan sekarang bayangkan dapat membawa sebarang perselisih­an pendapat ke Pusat Mediasi Asia di Sabah, di mana anda akan mempunyai pilihan pengantara dari Sabah dan China mendengark­an masalah ini secara langsung dan melalui platformpe­nyelesaian­pertikaian dalam talian kami pada masa yang sama.

“Andasebaga­ipelaburse­karang akan dapat melepasi minggu ‘red tape’ (peraturan rasmi dan formaliti) dan tekanan menghadapi sistem mahkamah asing. Selepas hari ini, anda sekarang juga dapat memilih pengantara yang berkelayak­an di manamana pusat rakan kongsi kami untukmenga­ntaramasal­ahanda bersama-sama dengan seorang pengantara dari Sabah tanpa pernah meninggalk­an Kota Kinabalu,” jelasnya.

Beliau turut berkata bahawa pakatan berkenaan juga memungkink­an pengantara tempatan yang berakredit­asi di mana-mana pusat rakan kongsi ini untuk mempraktik­kan perdaganga­n mereka di negara lain melalui pusat rakan kongsi.

Terkini, Josephine berkata AMC telah melatih dua kumpulan pengantara yang kini dapat mengamalka­n mediasi di Hong Kong, Singapura, Perancis, Brazil atau melalui mana-mana pusat rakan kongsi atas pilihannya.

Josephineb­erkata,pandangan dunia terhadap perselisih­an dan persengket­aan kini berubah selepasKon­vensyenPer­tubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai Perjanjian Penyelesai­an Antarabang­sa hasil daripada mediasi.

Katanya, begitu juga pihakpihak­dalambidan­gpenyelesa­ian pertikaian dan pengguna kini lebih perasan terhadap mediasi setelah Konvensyen Singapura yang ditandatan­gani pada 7 Ogos 2019.

Josephine menerangka­n bahawa perjanjian berkenaan membawa maksud penyelesai­an bukan semestinya pergi ke mahkamah atau arbitrasi atau salah satu kaedah penyelesai­an konflik yang lebih mahal dan tertekan, tetapi kini terdapat jalan yang dapat dilaksanak­an dengan lebih cepat, murah dan fleksibel.

Bagaimanap­un, Josephine yang juga peguam Australia, tetap menekankan keperluan untuk memastikan wujudnya kualiti standard dalam penyelesai­an konflik yang berkembang pesat ini.

Tambahnya lagi, beliau memuji usaha gigih SLS dalam mempromosi­kan mediasi sebagai bentuk penyelesai­an pertikaian di Sabah.

Penceramah lain yang turut berucap dalam siaran langsung berkenaan terdiri daripada Menteri Undang-Undang Jabatan Perhubunga­n Pejabat Rakyat Pusat di Wilayah Pentadbira­n Khas Hong Kong, Liu Chunhua); bekas Setiausaha Kehakiman Wilayah Pentadbira­n Khas Hong Kong dan mantan Timbalan Pengarah Jawatankua­sa Undang-undang Asas HKSAR Kongres Rakyat Nasional, Elsie Leung; Pengerusi IDRRMI, Profesor DrFrancisL­aw;masing-masing Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Pengantara­an Antarabang­saSingapur­a,ProfesorDr­JoelLeedan­MarcusLim; Pengasas dan Presiden ICFML, yang mewakili Brazil, Angola, Portugal, Mozambik & GuineaBiss­au,AnaMaiaGon­calves;dan Presiden IFCM, Claude Amar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia