Utusan Borneo (Sabah)

Pengguna disaran nikmati harga lebih murah di pasar tani

-

ALOR GAJAH: Pengguna disaran berbelanja di pasar tani atau outlet di bawah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) bagi membolehka­n mereka menikmati harga lebih murah untuk pelbagai barangan segar dan berkualiti.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, inisiatif itu bagi membantu pengguna mengurangk­an beban kenaikan harga barangan makanan khususnya dalam tempoh penularan COVID-19.

“Sebanyak 500 pasar tani dan 3,000 outlet yang menjual pelbagai barangan dapur dan keperluan dibuka di seluruh negara bagi memudahkan orang ramai mendapatka­n bekalan barangan berkenaan.

“Pengguna boleh mendapatka­n potongan harga antara lima hingga 10 peratus secara terus daripada peniaga dan secara tidak langsung akan memberi penjimatan kepada mereka,” katanya kepada pemberita selepas Program Jualan MyRakyat ‘Melaka Agro Market’ di Pasar Tani Masjid Tanah di sini, kelmarin.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali dan Ketua Pengarah FAMA, Datuk Zainal Abidin Yang Razalli.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kira-kira 30 hingga 40 peratus daripada jumlah pasar tani di seluruh negara dibuka setiap hari bagi memudahkan pengguna mendapatka­n bekalan makanan dan barangan keperluan asas.

Dalam perkembang­an lain, Ahmad berkata FAMA melaksanak­an pelbagai aktiviti, program dan memberi sumbangan makanan kepada lebih 2,000 penerima di seluruh negara terdiri daripada golongan asnaf menerusi Program Jelajah Ramadan FAMA 2021.

Beliau berkata, program jelajah berkenaan sebahagian daripada inisiatif ‘MAFI Prihatin’ dalam usaha mendekati masyarakat setempat, memperkena­lkan fungsi dan peranan FAMA serta membantu golongan memerlukan.

“Program ini sebahagian daripada kebajikan yang FAMA laksanakan dan ia tidak hanya menggunaka­n pada duit kerajaan sahaja sebaliknya program, aktiviti atau bantuan yang dilakukan turut disumbangk­an oleh peserta pasar tani dan pengunjung...ia bergantung pada kreativiti setiap negeri,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia