Utusan Borneo (Sabah)

Pesta antisekata­n di Belgium dilerai keras Polis antirusuha­n lancar meriam air dan gas pemedih mata terhadap penunjuk perasaan

-

BRUSSELS: Pihak polis Belgium melepaskan tembakan meriam air dan gas pemedih mata ketika mereka bergerak masuk kelmarin bagi meleraikan ratusan orang yang berkumpul di sebuah taman menganjurk­an edisi kedua festival haram ‘La Boum L’Abime’ bagi membantah peraturan kawalan pergerakan COVID-19.

Sehingga waktu senja orang ramai bersurai, namun pejabat datuk bandar Brussels mengumumka­n 15 tangkapan, seorang penunjuk perasaan tercedera akibat meriam air dan dua anggota polis tercedera.

Penunjuk perasaan, kebanyakan kumpulan belia yang membawa suar dan kain rentang antipelitu­p muka, berkumpul bagi bantahan yang dikenali sebagai ‘Boum 2’ yang dianjurkan secara dalam talian susulan kepada protes yang telah dipatahkan pada bulan lepas.

Pihak berkuasa bandar raya menyatakan bahawa ketika kemuncakny­a orang ramai mencecah kira-kira 1,500 orang namun hanya 700 orang yang pada awalnya menentang arahan untuk bersurai.

Perdana Menteri Alexander de Croo menggesa orang ramai agar menjauhkan diri, manakala ratusan anggota polis dikerahkan sebelum arahan untuk meninggalk­an kawasan taman itu dikeluarka­n.

Wartawan AFP melaporkan di Bois de la Cambre, sebuah taman besar di bandar itu, bunga api dilepaskan dan beberapa misil dilontar sebelum pihak polis bertindak masuk.

“Kami melihat langkahlan­gkah kesihatan tidak dihormati,” umum pihak polis dalam Twitter, selepas beberapa dron yang dilengkapi dengan alat pembesar suara menyeru penggunaan pelitup muka dan penjarakan sosial.

“Polis Brussels akan terus mengosongk­an kawasan itu,” menurut ciapan tersebut, namun beberapa wartawan

AFP di taman tersebut tidak mendengar sebarang arahan untuk bersurai.

Ketika operasi pengosonga­n bermula terdapat sedikit petanda ketara mengenai bantahan ganas penunjuk perasaan namun satu tong sampah dibakar ketika orang ramai bersurai.

“Kami di sini bagi melindungi kebebasan kami.

“Pelitup muka? Saya tidak menggunaka­nnya lagi.

“Saya ingin bebas,” menurut seorang penuntut sekolah tinggi berusia 18 tahun dari West Flanders, pinggir bandar tersebut.

Ketika kereta polis dan trak berperisai dengan meriam air memasuki kawasan rumput berhampira­n bahagian tengah perhimpuna­n, penunjuk perasaan melaungkan: “Kebebasan, kebebasan.”

Sebuah helikopter dan sebuah dron berlegar di atas udara, namun muzik yang dimainkan penunjuk perasaan menenggela­mi arahan polis bagi pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial.

“Sudah setahun,” seorang wanita berusia 21 tahun dari bandar utama Belgium memberitah­u AFP.

“Sepanjang tahun kami tidak boleh keluar.

“Selepas seketika anda memerlukan satu alternatif,” katanya lanjut.

Belgium telah berada di bawah kawalan pergerakan negara yang kedua sebagai langkah pencegahan COVID-19, manakala bar dan restoran telah ditutup sejak Oktober tahun lepas.

Namun program vaksinasi sedang cuba dijalankan dengan segera dan kegiatan makan dan minum di luar dijangka diteruskan pada 8 Mei, serta pihak berkuasa telah merayu bagi keadaan tenang.

Norton, 23, seorang tukang masak yang telah kehilangan pekerjaann­ya di restoran, menyatakan rancangan mereka bukanlah untuk memprovoka­si keganasan namun bagi menuntut penamat kepada langkah kawalan virus yang tidak logik.

Pada 1 April, sebulan kemudian, 2,000 orang berkumpul di Bois de la Cambre dan beberapa orang telah tercedera, begitu juga beberapa anggota polis dan kuda, ketika pertikaian tercetus.

Setakat kelmarin, beberapa hospital di Belgium telah merawat 2,707 pesakit COVID-19, 854 daripada mereka berada dalam unit rawatan rapi.

Sejak permulaan krisis setahun lepas, 990,229 orang di negara yang mempunyai 11 juta penduduk ini telah dijangkiti dan 24,230 daripadany­a telah meninggal dunia. — AFP

 ??  ?? TEGAS: Seorang penunjuk perasaan terkena jet air yang dilepaskan dari meriam semasa bertelingk­ah dengan polis antirusuha­n di taman Bois de La Cambre di Brussels, kelmarin.
TEGAS: Seorang penunjuk perasaan terkena jet air yang dilepaskan dari meriam semasa bertelingk­ah dengan polis antirusuha­n di taman Bois de La Cambre di Brussels, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia