Utusan Borneo (Sabah)

Presiden Somalia arah pilihan raya dianjur segera

-

MONTREAL: Puluhan ribu penunjuk perasaan berarak kelmarin di Stadium Olimpik di Montreal, melakukan rali membantah sekatan yang dilaksanak­an kerajaan bagi menangani gelombang ketiga pandemik koronaviru­s di Kanada.

Beberapa penunjuk perasaan ditangkap pada awal perarakan, menurut kepada seorang wartawan AFP, dengan petunjuk dalam orang ramai menyuaraka­n bantahan terhadap pemakaian pelitup muka, perintah berkurung dan pasport kesihatan.

Ramai anggota polis bersiap siaga walaupun acara dilakukan dalam suasana perayaan diiringi pukulan gendang.

Pihak polis enggan menyatakan anggaran orang awam, namun media Kanada menyatakan kehadiran adalah kira-kira 30,000, menjadikan­nya rali terbesar membantah sekatan COVID19 di Quebec sejak beberapa bulan lepas.

Para penunjuk perasaan, kebanyakan tidak memakai pelitup muka dan tidak mengendahk­an arahan penjarakan sosial, menyatakan sekatan yang dilaksanak­an kerajaan Quebec tidak adil.

Mereka mengkritik pemakaian pelitup muka yang diwajibkan apabila berada di dalam bangunan, sekatan ke atas aktiviti berhimpun dan perintah kawalan peringkat wilayah yang dilaksanak­an pada awal Januari, satu tindakan yang tidak dilihat pada skala wilayah di Kanada sejak wabak selesema Sepanyol kira-kira satu abad lepas.

Disebabkan kadar jangkitan yang perlahan, kerajaan Quebec menyatakan bermula Isnin, perintah berkurung di Montreal akan ditunda kepada jam 9.30 malam, daripada jam 8 malam waktu tempatan.

“Kami hanya meminta penamat kepada langkah kesihatan,” Daniel Pilon, yang menyatakan beliau merupakan seorang penganjur acara itu, memberitah­u AFP.

“Kesan kerugian (bagi langkah kesihatan) adalah jauh lebih besar berbanding kesan kerugian yang disebabkan oleh COVID-19,” tambah beliau, menyatakan terdapat peningkata­n dalam kes bunuh diri dan kebankrapa­n.

Perdana Menteri Justin Trudeau menyatakan protes itu amat mengecewak­an.

“Ironinya di sini adalah dengan perhimpuna­n sedemikian penduduk akan meletakkan satu sama lain dalam risiko, seterusnya menyebarka­n kes COVID19, sekali gus melanjutka­n tempoh sekatan serta langkah kesihatan awam,” kata beliau.

Stadium Olimpik di Montreal merupakan salah satu kawasan vaksinasi terbesar namun terpaksa ditutup

MOGADISHU: Presiden Somalia Mohamed Abdullahi Mohamed meminta perdana menterinya kelmarin agar menganjurk­an pilihan raya secepat mungkin dalam cubaan menenangka­n krisis politik terburuk di negara itu sejak beberapa tahun.

Dalam ucapan ringkas sebelum sidang khas parlimen yang disiarkan secara langsung, Mohamed yang juga kelmarin akibat tunjuk perasaan itu. dikenali sebagai Farmajo, gelaran yang diberikan kepada presiden, mengabaika­n polisi yang diundi pada awal bulan untuk melanjutka­n penggalnya bagi jawatan itu kepada dua tahun.

“Kami telah memutuskan untuk mencari penyelesai­an melalui rundingan bagi mengelakka­n tercetusny­a keganasan yang akan memberi kepentinga­n kepada mereka yang mempertaru­hkan darah orang awam,” kata beliau.

Pertempura­n berdarah telah berlaku di antara musuh bersenjata di ibu negara

Kanada telah merekodkan lebih 1.2 juta kes jangkitan

Mogadishu sejak Farmajo gagal mengadakan pilihan raya sebelum penggalnya tamat pada Februari.

Masyarakat antarabang­sa sudah beberapa kali menyeru pilihan raya diadakan, mengancam sekatan terhadap negara mempunyai 15 juta penduduk itu yang telah terpisah kepada lima negeri anggota.

Dalam ucapannya, Farmajo menyebut semula satu perjanjian yang dicapai negeri anggota pada September bagi mengadakan pilihan raya secara tidak langsung di mana wakil-wakil khas dengan 24,200 kematian, lebih separuh daripadany­a dipilih oleh ketua klan di Somalia yang memilih anggota perundanga­n yang kemudian memilih presiden.

“Saya ingin menyatakan dengan jelas bahawa Perdana Menteri Rooble Mohamed Hussein akan mengetuai pelaksanaa­n dan keselamata­n ketika pilihan raya,” kata beliau.

“Saya meminta pihak kerajaan agar bersedia bagi tugas yang besar.”

Langkah-langkah tersebut telah diundi sebulat suara oleh 140 anggota parlimen yang hadir.

Pada awal minggu, presiden di Ontario dan Quebec. — AFP cuba mengurangk­an ketegangan dengan mengadakan perbincang­an penting dengan ahli politik dalam satu ucapan yang sangat diharapkan kepada negara.

Calon-calon pembangkan­g mengemukak­an satu kenyataan pada malam Jumaat menyeru Farmajo meletakkan jawatan.

“Pihak majlis menggesa Perdana Menteri Roble untuk mengambil kawalan sepenuhnya terhadap proses pilihan raya dan keselamata­n negara,” menurut kenyataan tersebut. – AFP

BEIJING:Anggotapen­yelamat telah memasuki sebuah lombongdiw­ilayahbara­tlautChina Xinjiang kelmarin bagi mencari 21pekerjay­angtelahte­rperangkap sejak 10 April selepas banjir memutuskan bekalan tenaga ke bahagian bawah tanah serta menjejaska­n komunikasi, lapor media negara.

Kemalangan berlaku di lombong arang batu Fengyuan di daerah Hutubi tiga minggu lepas, ketika kakitangan sedang menaik taraf fasiliti di kawasan tersebut, menurut agensi berita rasmi Xinhua.

Lapan daripada 29 pekerja yang berada di tempat kejadian telah diselamatk­an.

Namun 21 lagi terperangk­ap sejak itu, ketika anggota penyelamat bergegas mengepam keluar 800,000 meter persegi air, hampir 20 kali ganda jumlah di dalam lubang, menurut Nan Shenghui, ketua pasukan respons kemalangan, menurut Xinhua.

Beberapa pakar menggerudi dan menyelamat dijangka menyertai pencarian, manakala hospital sementara telah diwujudkan­ditempatke­jadian, menurut Xinhua.

Pada 10 April, badan penyiaran CCTV melaporkan bahawa anggota penyelamat telah mengesan pelombong tersebut, 12 orang di atas sebuah pelantar, lapan orang di pelantarke­dua, dan pekerja terakhir di satu laluan kecemasan di mana air telah masuk.

“Platform tugas yang terdapat 12 orang adalah sedalam 1,200meterda­riparastan­ahdan muka bumi dalam tanah adalah kompleks, menyukarka­n usaha menyelamat,” kata CCTV.

Xinhua menyatakan pelombong terperangk­ap di tiga kawasan namun tidak memberikan maklumat lanjut mengenai lokasi atau keadaan mereka kelmarin.

Pada Januari, 22 pekerja telah terperangk­ap dalam sebuah lombong di wilayah timur Shandong selepas satu letupan menjejaska­n pintu masuk, menyebabka­n pekerja terperangk­ap di bawah tanah selama kira-kira dua minggu. — AFP

 ??  ?? MENGECEWAK­AN: Penunjuk perasaan berarak membantah sekatan terbaharu COVID-19 di Montreal, kelmarin.
MENGECEWAK­AN: Penunjuk perasaan berarak membantah sekatan terbaharu COVID-19 di Montreal, kelmarin.
 ??  ?? ARAHAN: Mohamed menghadiri sidang khas parlimen di Villa Hargeisa, Mogadishu kelmarin.
ARAHAN: Mohamed menghadiri sidang khas parlimen di Villa Hargeisa, Mogadishu kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia