Utusan Borneo (Sabah)

Warga Bangladesh positif COVID-19, maut ditikam dengan pemutar skru Dua lagi rakan mangsa cedera setelah ditikam dengan pemutar skru oleh dua rakan

-

SHAH ALAM: Seorang warga Bangladesh maut ditikam manakala dua lagi rakan sekerja mangsa turut cedera selepas ditikam dengan pemutar skru oleh dua rakan mereka dalam pergaduhan melibatkan warga Bangladesh yang positif COVID-19, di rumah kongsi kilang kertas di Bandar Perindustr­ian Mahkota Banting, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superinten­dan Azizan Tukiman berkata, mangsa yang dikenali sebagai Babu, 44, mati selepas ditikam di bahagian dada dipercayai terkena jantung si mati manakala dua lagi rakan mangsa, mengalami kecederaan selepas ditikam di bahagian perut dalam kejadian kira-kira jam 9 malam.

“Kedua-dua suspek telah melarikan diri setelah menikam si mati,” katanya dalam kenyataan semalam.

Katanya, siasatan mendapati pada 28 April, pihak pengurusan kilang berkenaan telah membuat ujian swab COVID-19 terhadap semua pekerja asing yang tinggal di kawasan itu.

“Daripada 140 pekerja, lebih kurang 30 orang didapati positif dan semua yang positif telah diasingkan (kuarantin) dan ditempatka­n di satu tempat, tidak jauh dari rumah kongsi berkenaan.

Azizan berkata, punca pergaduhan ekoran suspek telah mengeluark­an barangbara­ng kepunyaan si mati dari rumah kongsi si mati tanpa kebenarann­ya dan berlaku pertengkar­an dan pergelutan antara mereka.

Katanya, susulan kejadian itu, kedua-dua suspek berusia 42 dan 44 tahun itu kemudian berjaya ditahan pada jam 3.30 pagi kelmarin (1 Mei) yang didapati bersembuny­i di persimpang­an Taman Manggis Jaya.

“Mereka mengaku telah bergaduh dengan si mati dan menikam dengan menggunaka­n pemutar skru,” katanya. — Bernama

Daripada 140 pekerja, lebih kurang 30 orang didapati positif dan semua yang positif telah diasingkan (kuarantin) dan ditempatka­n di satu tempat, tidak jauh dari rumah kongsi berkenaan.

 ??  ?? LEMAS: Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Bomba dan Penyelamat Teluk Kemang dan PPDA Jempol mengusung mayat remaja berusia 16 tahun yang lemas selepas terjatuh ke dalam laut semasa memasang jaring bersama bapa saudaranya berhampira­n Pangkalan Kuala Lukut, Port Dickson semalam.
LEMAS: Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Bomba dan Penyelamat Teluk Kemang dan PPDA Jempol mengusung mayat remaja berusia 16 tahun yang lemas selepas terjatuh ke dalam laut semasa memasang jaring bersama bapa saudaranya berhampira­n Pangkalan Kuala Lukut, Port Dickson semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia