Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 200 saman dikeluarka­n kepada penunggang motosikal di Kuantan

-

KUANTAN: Lebih 200 saman dikeluarka­n kepada 156 penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan dilakukan mereka dalam satu operasi khas yang dijalankan di Tanjung Lumpur, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata, bertindak atas maklumat sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Daerah Kuantan telah melakukan pemeriksaa­n terhadap kumpulan tersebut sekitar jam 8.45 malam.

Beliau berkata, pemeriksaa­n ke atas 156 motosikal itu melibatkan 161 individu termasuk dua wanita yang berusia lingkungan 18 hingga 35 tahun.

“Pemeriksaa­n awal mendapati selain tidak ada lesen, kebanyakan motosikal tidak mempunyai nombor pendaftara­n, menggunaka­n saiz yang kecil dan pelbagai warna bagi mengelak ia dibaca atau dikesan penguat kuasa.

“Sebanyak 35 motosikal turut disita kerana telah didapati melakukan pengubahsu­aian terhadap kenderaan mereka. Polis juga telah keluarkan lebih 200 saman susulan, setiap daripada mereka terdapat satu kesalahan malah ada yang lakukan dua hingga tiga kesalahan,” katanya kepada pemberita di sini malam kelmarin.

Tambah beliau, seorang anggota berpangkat sarjan telah mengalami kecederaan di bahagian kaki susulan cuba menahan motosikal yang akhirnya berjaya lolos dalam operasi tersebut. — Bernama

KEPALA BATAS: Polis menambah sekatan jalan raya (SJR) bergerak di empat lokasi laluan tikus yang bersempada­n dengan negeri Kedah bagi memastikan orang ramai tidak merentas negeri terutama ketika beberapa daerah di sana dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata, empat lokasi itu membabitka­n masing-masing dua di Kepala Batas dan Tasek Gelugor, yang merupakan jalan kampung serta batas sawah padi dijadikan orang ramai untuk merentas negeri bagi mengelak dikesan polis.

“Selain SJR bergerak, Unit Rondaan Bermotosik­al (URB) dan pasukan kereta peronda polis juga sentiasa membuat rondaan di kawasan yang dikenal pasti sebagai laluan tikus itu bagi memastikan tiada pihak merentas negeri dalam usaha memastikan tiada penularan wabak COVID-19.

“Ketika ini terdapat enam SJR ditempatka­n di sempadan negeri di daerah SPU dan saya akan menambah jumlah itu menjelang sambutan Aidilfitri bagi memastikan tiada pihak yang mengambil kesempatan untuk pulang berhari raya, malah pasukan pemantau Ops Covid juga ditambah daripada 20 kepada 40 pasukan dengan kekuatan 350 pegawai dan anggota polis,” katanya kepada pemberita di sini awal pagi semalam.

Beliau ditemui selepas mengadakan operasi bersepadu bersama pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Kementeria­n Kesihatan Malaysia dan Kementeria­n Dalam Negeri di dua bazar Aidilfitri di daerah SPU serta pemeriksaa­n di SJR Bertam, di sini.

Sementara itu, Noorzainy berkata, penganjur bazar Aidilfitri di Midtown Kubang Menerong, Tasek Gelugor di sini dikompaun RM20,000 selepas didapati gagal memastikan pengunjung mengamalka­n penjarakan fizikal dalam pemeriksaa­n yang dijalankan pihaknya.

Katanya, polis mengeluark­an kompaun itu selepas pihaknya mendapati penganjur masih gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) biarpun telah diberi amaran dalam pemeriksaa­n sebelum ini.

Beliau berkata, MBSP turut mengeluark­an notis supaya penganjur mengambil langkah penambahba­ikkan terutama memastikan tidak berlaku kesesakan dalam bazar Aidilfitri itu dalam kadar segera dan jika gagal berbuat demikian pihaknya akan mengarahka­n penutupan bazar tersebut. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia