Utusan Borneo (Sabah)

Muhyiddin Yassin tangguh lawatan rasmi ke Singapura

-

SINGAPURA: Lawatan rasmi Perdana menteri Malaysia Tan Sri Muhyidin Yassin ke Singapura yang pada mulanya dijadualka­n hari ini, kini ditangguhk­an ke satu tarikh lain tahun ini, menurut Menteri Luar Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein.

“Ini disebabkan tumpuan semasa Perdana Menteri ketika ini adalah terhadap jumlah jangkitan COVID-19 yang meningkat baru-baru ini,” kata Hishammudd­in dalam satu kenyataan media.

Hishammudd­in yang sedang dalam rangka lawatan rasmi dua hari di Singapura berkata, Perdana Menteri dijadualka­n bertemu dengan rakan sejawatnya dari Singapura Lee Hsien Loong, untuk berbincang dan bermuafaka­t dalam isu berkaitan perjalanan merentas sempadan secara beransur, dan untuk memudahkan perjalanan rakyat antara negara masing-masing.

Bagaimanap­un menurutnya keadaan semasa COVID-19 tidak menyediaka­n persekitar­an yang selesa bagi kedua-dua perdana menteri untuk berbincang dan mencapai kata sepakat dalam perkara yang “kita tahu rakyat di kedua-dua negara Malaysia dan Singapura telah lama dinantikan”.

“Rundingan ini, yang sememangny­a sedang diusahakan, memerlukan kerja keras pelbagai agensi dan kementeria­n.

“Namun disebabkan keadaan yang tidak menentu, dengan sebarang kemungkina­n boleh berubah pantas pada bila-bila masa, ia menimbulka­n persekitar­an yang amat mencabar bagi kedua-dua pihak untuk tampil dengan penyelesai­an yang konkrit dan selamat berhubung perjalanan rentas sempadan bagi rakyat kedua-dua negara. Kesihatan Awam perlu sentiasa menjadi keutamaan kita, itu yang membawa kepada perbincang­an hari ini,” menurutnya.

Merujuk kepada lawatannya, Hishammudd­in berkata walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran di tengah pandemik, “kita berjaya mengadakan pertukaran lawatan, yang menjadi bukti kepada hubungan kukuh antara kedua-dua negara, semangat tinggi dan ikatan setia kawan antara Malaysia dan Singapura.

Hishammudd­in juga dijadualka­n mengunjung­i Perdana Menteri Lee Hsien Loong, serta Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Keselamata­n Negara Singapura Teo Chee Hean semasa lawatannya.

“Sebagai jiran yang penting dan paling dekat, dengan hubungan sejarah antara rakyat dua negara yang yang cukup rapat, keduadua negara kita akan terus bekerjasam­a dalam pelbagai bidang, terutama dalam era pasca pandemik,” kata Hishammudd­in. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia