Utusan Borneo (Sabah)

Naib Canselor UMS temui pensyarah, kakitangan pentadbira­n dan pelajar UMSKAL

-

NAIB Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof. Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin mengadakan lawatan kerja dua hari ke Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL) pada 30 April hingga 1 Mei 2021.

Ketibaan beliau kira-kira jam 8.15 pagi disambut Pengarah UMSKAL Prof Dr. Jualang Azlan Gansau, Dekan Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI) Prof Dr Abdullah Gani, Dekan Fakulti Kewangan Antarabang­sa Labuan (FKAL) Prof Madya Dr Mohamad Rizal Abdul Hamid dan Timbalan Pendaftar Kanan UMSKAL Zamri Haji Mohamad Tuah.

Turut mengiringi Naib Canselor ialah Pendaftar UMS Luqman Ridha Anwar, Penolong Naib Canselor (Strategik) Prof Madya Dr Mohd Rahimie Abd Karim dan Pengarah Pusat Pengurusan Non Resident dan Fasiliti Perumahan Pelajar Hasmi Hashim yang mewakili Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Prof Madya Dr Raman Noordin.

Selepas itu, Naib Canselor mengadakan pertemuan bersama kakitangan Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI) di Podium D, Bangunan Menara.

Dekan FKI, Prof Dr Abdullah Gani yang turut hadir kemudianny­a mengiringi Naib Canselor melawat Bilik Pascasiswa­zah, Pejabat FKI di Tingkat 5 dan makmal di Tingkat 9, Bangunan Menara.

Rombongan Naib Canselor turut melawat Pejabat Pusat Penataran, Ilmu dan Bahasa (PPIB) di Tingkat 6 Bangunan Menara diiringi Prof Dr. Jualang Azlan Gansau dan Penyelaras PPIB Dr Nurulasyik­in Muda.

Pada sebelah petangnya pula, Dr. Taufiq mengadakan perjumpaan dengan kakitangan Fakulti Kewangan Antarabang­saLabuan(FKAL) yang diketuai Dekannya, Prof Madya Dr Mohamad Rizal Abdul Hamid.

Naib Canselor turut dibawa melawat Pejabat Pentadbira­n FKAL di Tingkat 3 dan makmal di Tingkat 7.

Ia diikuti sesi pertemuan Naib Canselor bersama Pengarah dan Pengurusan UMSKAL

di pejabat Pengarah, Aras 13, Bangunan Menara.

Pendaftar UMS Luqman Ridha Anwar, Penolong Naib Canselor (Strategik) dan Prof Madya Dr Mohd Rahimie Abd Karim serta Timbalan Pendaftar Kanan UMSKAL Zamri Haji Mohamad turut menghadiri perbincang­an itu.

Manakala pada Sabtu, Dr. Taufiq menghadiri Sesi Pertemuan Kakitangan Pentadbira­n UMSKAL bersama Naib Canselor UMS di Podium D, Bangunan Menara.

Turut hadir Ketua Sektor Pentadbira­n dan Sumber Manusia (SPSM) Mas Adi Alimin.

Sempena majlis itu, Dr Taufiq menerima replika kunci Toyota Fortuner daripada Pengerusi Kelab Kebajikan dan Rekreasi UMSKAL (KAKAL) Johari Safar.

Turut menyaksika­n majlis penyerahan kenderaan itu ialah Pendaftar UMS, Luqman Ridha Anwar dan Pengarah UMSKAL Prof Dr Jualang Azlan Gansau.

Kira-kira jam 10 pagi, beliau dan rombongan mengadakan lawatan sekitar kampus termasuk ke Klinik Warga dan Perumahan Staf.

Pada sebelah petang pula, Naib Canselor UMS menghadiri Sesi Bersama Pelajar UMSKAL di Dewan Utama.

Jamuan Iftar Naib Canselor bersama Pelajar UMSKAL turut diadakan yang memberi ruang dan peluang kepada beliau beramah mesra dengan pelajar.

Pada majlis itu, seramai 15 pelajar menerima bantuan kewangan sumbangan Pusat Islam UMS.

Terdahulu, seramai 20 pelajar menerima bakul makanan sumbangan daripada Sektor Pentadbira­n Kolej Kediaman KAL dan Kota Kinabalu.

Turut hadir Naib Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMSKAL Fakhrul Arifin Nasrul dan Yang Dipertua Jawatankua­sa Kebajikan Mahasiswa(JAKMAS)UMSKAL Muhammad Afiq Naiser.

Prof. Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq kemudianny­a menunaikan solat Maghrib dan Isyak serta solat sunat Tarawih di Masjid Al-Hikmah UMSKAL.

 ??  ?? LAWAT: Pengetua SMK Rancha-Rancha Ustaz Wan Azman (kanan) mengiringi Awang Adi melawat Bilik Perpustaka­an Multimedia Pusat Sumber SMK Rancha-Rancha.
LAWAT: Pengetua SMK Rancha-Rancha Ustaz Wan Azman (kanan) mengiringi Awang Adi melawat Bilik Perpustaka­an Multimedia Pusat Sumber SMK Rancha-Rancha.
 ??  ?? CENDERAMAT­A: Prof. Datuk Dr. Taufiq (dua kiri) menerima cenderamat­a daripada Penyelaras Pusat Penataran, Ilmu dan Bahasa, Dr Nurulasyik­in Muda di Tingkat 6 Bangunan Menara sambil diperhatik­an Prof Dr. Jualang Azlan Gansau (kiri)
CENDERAMAT­A: Prof. Datuk Dr. Taufiq (dua kiri) menerima cenderamat­a daripada Penyelaras Pusat Penataran, Ilmu dan Bahasa, Dr Nurulasyik­in Muda di Tingkat 6 Bangunan Menara sambil diperhatik­an Prof Dr. Jualang Azlan Gansau (kiri)
 ??  ?? SAMBUT TIBA: Prof. Datuk Dr. Taufiq (tiga kiri), bersama Prof Dr Jualang (dua kiri), Prof Dr Abdullah (dua kanan) dan Prof Madya Dr Mohamad Rizal (kiri) bersama pengurusan UMSKAL yang menyambut ketibaan Naib Canselor UMS di Bangunan Menara UMSKAL, Jumaat lalu.
SAMBUT TIBA: Prof. Datuk Dr. Taufiq (tiga kiri), bersama Prof Dr Jualang (dua kiri), Prof Dr Abdullah (dua kanan) dan Prof Madya Dr Mohamad Rizal (kiri) bersama pengurusan UMSKAL yang menyambut ketibaan Naib Canselor UMS di Bangunan Menara UMSKAL, Jumaat lalu.
 ??  ?? LAWAT: Prof. Datuk Dr. Taufiq (kanan), bersama Prof Dr Jualang (dua kanan) dan Prof Dr Abdullah (dua kiri) melawat Makmal Fakulti Komputeran dan Informatik di Tingkat 9, Bangunan Menara UMSKAL
LAWAT: Prof. Datuk Dr. Taufiq (kanan), bersama Prof Dr Jualang (dua kanan) dan Prof Dr Abdullah (dua kiri) melawat Makmal Fakulti Komputeran dan Informatik di Tingkat 9, Bangunan Menara UMSKAL
 ??  ?? LAWAT: Prof. Datuk Dr. Taufiq (kanan), bersama Prof Dr Jualang (dua kanan) dan Prof Dr Abdullah (dua kiri) melawat Makmal Fakulti Komputeran dan Informatik di Tingkat 9, Bangunan Menara UMSKAL
LAWAT: Prof. Datuk Dr. Taufiq (kanan), bersama Prof Dr Jualang (dua kanan) dan Prof Dr Abdullah (dua kiri) melawat Makmal Fakulti Komputeran dan Informatik di Tingkat 9, Bangunan Menara UMSKAL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia