Utusan Borneo (Sabah)

Hazard diturunkan

Penyerang itu beraksi cemerlang bantu Real Madrid menang 2-0 ke atas Osasuna

-

MADRID: Real Madrid mengawal debaran untuk menewaskan Osasuna 2-0 dalam aksi La Liga Sepanyol pada Sabtu, ketika Eden Hazard membuat penampilan kesebelasa­n utama yang pertama beliau sejak bulan Januari dan membangkit­kan kemungkina­n jurulatih Zinedine Zidane akan menurunkan­nya pada perlawanan separuh akhir kedua menentang Chelsea pada Rabu ini.

Selepas membuat penampilan seketika pada perlawanan separuh akhir pertama minggu lepas, Hazard bermain 72 minit di Valdebebas dan mungkin akan berdepan Chelsea dari awal pada perlawanan kedua penting di Stamford Bridge.

“Beliau beraksi dengan sangat bagus,” kata Zidane.

“Beliau bermain hampir dengan Karim (Benzema), mereka mencuba sesuatu dan saya sangat gembira dengan beliau.”

Real Madrid harus meningkatk­an permainan mereka menentang Chelsea selepas seri 1-1 pada perlawanan pertama dan mereka juga berusaha gigih dalam saingan kejuaraan La Liga, selepas Atletico Madrid menang 1-0 ke atas Elche pada perlawanan awal.

Pemain Elche, Fidel Chaves, gagal menyempurn­akan penalti minit ke-91 dalam apa yang terbukti kemungkina­n saat penting dalam saingan kejuaraan liga, dengan kemenangan membolehka­n Atletico mengekalka­n kelebihan dua mata berbanding Real Madrid di tangga teratas liga dan lima mata di hadapan Barcelona di tangga ketiga.

Barca bertandang ke Valencia pada perlawanan lewat, sementara Sevilla, kurang enam mata akan menentang Athletic Bilbao hari ini.

“Kami memastikan satu tempoh di mana setiap kemenangan adalah satu langkah penting,” kata jurulatih Atletico, Diego Simeone.

Atletico sekarang dijamin berada di hadapan Barca apabila mereka bertandang ke Barcelona hujung minggu ini.

Real Madrid juga akan menentang Sevilla di Valdebas pada Ahad untuk apa yang merupakan pertemuan penting empat pasukan teratas liga dengan keputusan mungkin menjadi penentu siapa yang akan terus bersaing untuk kejuaraan La Liga Sepanyol. — AFP

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SENGIT: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan La Liga Sepanyol di antara Real Madrid dan Osasuna di Stadium Alfredo Di Stefano di Valdebebas.
SENGIT: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan La Liga Sepanyol di antara Real Madrid dan Osasuna di Stadium Alfredo Di Stefano di Valdebebas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia