Utusan Borneo (Sabah)

Tiada pasukan 'sparring' rencatkan persediaan skuad Piala Belia Sarawak

-

MIRI: Ketiadaan pasukan ‘sparring’ atau perlawanan persahabat­an merencatka­n persediaan skuad Piala Belia Sarawak 2021 dalam menguji kemampuan sebenar pasukan muda itu.

Ketua Jurulatihn­ya Pengiran Bala berkata, meskipun sudah menjalani latihan intensif sejak Januari lalu, namun ia tidak mencukupi bagi menguji tektikal dan strategi pasukan.

"Sehingga kini kita belum diuji pasukan yang standardny­a lebih tinggi disebabkan pandemik COVID-19, meskipun begitu kesemua pemain muda kita tetap bersedia memulakan kempen Piala Belia," katanya di sini semalam.

Pengiran Bala berkata, Sarawak United FC (SUFC) III itu bagaimanap­un telah mengadakan perlawanan persahabat­an dengan pasukan tempatan namun ia masih tidak mencukupi.

"SUFC III masih memerlukan pasukan 'sparring' yang kuat untuk kita menguji setiap kelemahan dan mencongak strategi yang tepat dalam setiap perlawanan.

“Ini kerana kita tidak boleh bergantung kepada satu formasi sahaja kerana kita tidak tahu prestasi dan rentak permainan pasukan lawan dalam perlawanan sebenar nanti," jelasnya.

Selain menampilka­n jurulatih Pengiran Bala dan Mohamad Hakimi Man, skuad itu turut dibimbing jurulatih Abu Bakar Amran, Fadillah Ibrahim, Saller dan Ishya Sabu.

SUFC III diundi dalam Kumpulan C (Tengah) membabitka­n Terengganu FC IV, SabahFCIV,PJCityFC,Kuching City FC dan Selangor FC.

SUFC III membariska­n 15 pemain senior dan 15 pemain muda lepasan sekolah yang akan menggalas tanggungja­wab dalam memperbaik­i kedudukan lebih baik dalam pertanding­an itu.

Terdahulu, satu majlis ringkas menandatan­gani kontrak pengurusan SUFC III telah diadakan semalam.

Ia disaksikan sendiri Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak Mohamad Saif Jubaidi merangkap Pengerusi JK Pembanguna­n Bola Sepak FAS.

Hadir sama ialah Pengurus SUFC III Nazri Ahmad Lai, Jurulatih Mohamad Hakimi Man, Abu Bakar Amran, Fadillah Ibrahim, Saller dan Ishya Sabu.

 ??  ?? DILANTIK: Pengiran Bala, Saif dan Nazri (dari kanan ke kiri) menyerahka­n dokumen pelantikan pengurusan SUFC III kepada jurulatih dan kakitangan perubatan pada majlis ringkas semalam.
DILANTIK: Pengiran Bala, Saif dan Nazri (dari kanan ke kiri) menyerahka­n dokumen pelantikan pengurusan SUFC III kepada jurulatih dan kakitangan perubatan pada majlis ringkas semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia