Utusan Borneo (Sabah)

Man City di ambang kejuaraan EPL

-

LONDON: Manchester City diambang kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas menewaskan Crystal Palace 2-0 sementara Chelsea mengekalka­n kedudukan di tangga keempat dengan menewaskan Fulham, juga 2-0 pada Sabtu.

City kini berkelebih­an 13 mata di singgahsan­a liga selepas gol dalam separuh masa kedua dari Sergio Aguero dan Ferran Torres di Selhurst Park.

City akan disahkan juara Liga Perdana Inggeris untuk kali ketiga dalam empat musim jika pencabar terdekatny­a, Manchester United tewas kepada Liverpool pada perlawanan lewat.

Jika United mengelak kekalahan, City boleh mengesahka­n kejuaraan apabila menentang Chelsea di Stadium Etihad pada Sabtu akan datang.

City, yang tewas kepada Liverpool dalam saingan kejuaraan liga musim lepas, menangani permainan hambar dalam separuh masa pertama dengan menjaringk­an dua gol dalam tempoh 84 saat.

Kemenangan ke-11 berturut-turut di tempat lawan dalam liga buat City itu menyamai rekod dalam bola sepak Inggeris.

City sudah memenangi kejuaraan Piala Liga Inggeris musim ini dan juga boleh menambah koleksi kejuaraan musim ini dalam Liga JuaraJuara.

Pada Selasa ini, City akan cuba melangkah ke final Liga Juara-Juara buat kali pertama dengan kelebihan 2-1 dari perlawanan separuh akhir pertama menentang Paris Saint Germain (PSG).

Di Stamford Bridge, Kai Havertz menjaringk­an dua gol ketika Chelsea menewaskan Fulham menjelang perlawanan separuh akhir kedua Liga Juara-Juara menentang Real Madrid pada Rabu depan.

Havertz menjaringk­an gol dalam kedua-dua babak untuk meletakkan Chelsea enam mata di hadapan pasukan di tangga kelima, West Ham United dalam saingan untuk kelayakan ke Liga Juara-Juara musim hadapan.

West Ham bermain menentang Burnley pada Isnin.

Kekalahan mengekalka­n Fulham dalam zon penyingkir­an dan kurang sembilan mata dari zon selamat.

Namun bagi Brighton, mereka memastikan akan terus kekal dalam Liga Perdana Inggeris selepas menewaskan Leeds United 2-0.

Harapan Everton untuk memburu kelayakan ke Eropah terjejas apabila tewas 1-2 kepada Aston Villa di tempat sendiri.

Ollie Watkins meletakkan Villa di hadapan pada minit ke-13 tetapi Dominic CalvertLew­in mengikat kedudukan enam minit kemudian.

Anwar El Ghazi menjaringk­an gol kemenangan Villa ketika berbaki 10 minit permainan untuk memastikan Villa naik ke tangga kesembilan liga, satu anak tangga di belakang Everton. — AFP

 ??  ?? RAKAN KENANGAN: Rozman bergambar kenangan bersama bekas pemain Labuan era 80-an dan AJK LAFA selepas kunjungan hormat itu di kediamanny­a di Jalan Tanjung Bendera, baru-baru ini.
RAKAN KENANGAN: Rozman bergambar kenangan bersama bekas pemain Labuan era 80-an dan AJK LAFA selepas kunjungan hormat itu di kediamanny­a di Jalan Tanjung Bendera, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia