Utusan Borneo (Sabah)

Hajiji terima 12,744 borang permohonan sertai BERSATU

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor semalam menerima 12,744 borang permohonan bagi menyertai parti itu.

Borang keahlian itu diserahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik Jaffari Waliam dan ketua kumpulan masingmasi­ng pada majlis ringkas selepas Mesyuarat Badan Pimpinan BERSATU Negeri

Sabah di Pusat Komvensyen Antarabang­sa Sabah (SICC) di sini.

Mereka yang menyertai BERSATU terdiri daripada bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang telah menyertai NGO’s - Penggerak Komuniti Negara (PKN) di Sabah.

Jaffari adalah bekas Ketua Bahagian PKR Libaran dan kini merupakan Pengerusi PKN Kawasan Libaran.

Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah mengalualu­kan penyertaan Jaffari dan ahli-ahli PKN di Sabah dalam BERSATU.

“Dengan penyertaan mereka, sudah tentu BERSATU Sabah akan bertambah kuat dan sekali gus diterima serta semakin mendapat tempat di hati rakyat.

“BERSATU kini berkembang mekar di Sabah. Teras perjuangan kita adalah untuk rakyat dan memenuhi aspirasi mereka,” katanya.

Sementara itu, Jaffari berkata, beliau bersama 13 Pengerusi dan ahli-ahli PKN Sabah, termasuk Libaran, Sandakan, Kinabatang­an,

Beluran, Tenom, Keningau, Labuan dan Sipitang sepakat menyertai BERSATU.

Turut hadir menyaksika­n penyerahan borang permohonan itu ialah Timbalan Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah Datuk Seri Masidi Manjun, Bendahari Datuk Haji Mohd. Arifin Mohd. Arif, Setiausaha Mohamed Razali Razi, Ketua Penerangan Firdaus Akbar Khan, Ketua Srikandi BERSATU Sabah Datuk Hajah Azizah Mohd Dun dan Ketua Armada BERSATU Sabah Fairuz Renddan.

 ??  ?? TAHNIAH: Jaffari (kanan) menyerahka­n borang keahlian kepada Hajiji sambil diperhatik­an oleh Masidi (dua kiri) dan pemimpin BERSATU Sabah.
TAHNIAH: Jaffari (kanan) menyerahka­n borang keahlian kepada Hajiji sambil diperhatik­an oleh Masidi (dua kiri) dan pemimpin BERSATU Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia