Utusan Borneo (Sabah)

PKPD UMS dan SMKA Kota Kinabalu tamat

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) yang dilaksanak­an di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kota Kinabalu ditamatkan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, PKPD di seluruh kampus UMS dijadualka­n tamat pada 2 Mei 2021, manakala SMKA Kota Kinabalu pada 1 Mei lepas.

Katanya, Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanak­an 5,611 ujian saringan di UMS dan daripada jumlah itu, sebanyak 35 daripadany­a didapati positif COVID-19.

“KKM melaporkan terdapat penurunan kes dan kluster adalah terkawal serta tiada lagi sampel saringan yang sedang menunggu keputusan.

“Sebanyak 836 ujian saringan dijalankan di SMKA Kota Kinabalu dan 190 daripadany­a didapati positif COVID-19.

“Kesemua kes positif diasingkan dan kontak rapat diasingkan serta dipantau sehingga hari ke-14,” katanya dalam kenyataan di sini kelmarin.

Beliau berkata, berikutan peningkata­n kes COVID-19 secara mendadak di Kampung Bergosong Tawau, kerajaan negeri bersetuju melaksanak­an PKPD di kawasan berkenaan bermula 2 Mei 2021.

Menurutnya, sehingga kini, KKM melaksanak­an 59 ujian saringan dan daripada jumlah itu, sebanyak 22 kes positif COVID-19 direkodkan dalam tempoh satu minggu.

Dalam pada itu, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada 1 Mei di Sabah adalah sebanyak 64 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 58,200 kes.

Katanya, terdapat satu kes kematian direkodkan di daerah Tawau dan dua kluster baharu dilaporkan iaitu Kluster Jalan Kilang Dua Lahad Datu dan Kluster Umas di Kalabakan.

 ??  ?? SUMBANGAN: Sebahagian penerima sumbangan merakamkan gambar kenangan bersama kakitangan MASwings.
SUMBANGAN: Sebahagian penerima sumbangan merakamkan gambar kenangan bersama kakitangan MASwings.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia