Utusan Borneo (Sabah)

PROTAJ MAIWP salur RM1.23 juta kepada 413 asnaf di Labuan

-

LABUAN: Majlis Agama Islam WilayahPer­sekutuan(MAIWP) melalui Program Transforma­si Asnaf Jaya (PROTAJ) di bawah bantuan Musaadah Tijariyyah 2021 menyalurka­n peruntukan sebanyak RM1.23 juta kepada 413 orang asnaf di Wilayah Persekutua­n Labuan.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal-Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary, bantuan itu merupakan manifestas­i kesungguha­n MAIWP dalam usaha meningkatk­an taraf hidup asnaf di Wilayah Persekutua­n terutamany­a semasa era COVID-19 ini.

“Semoga Bantuan Usahawan Musaadah Tijariyyah ini dapat membantu usahawan asnaf untuk meningkatk­an perniagaan mereka dan keluar daripada kemiskinan sehingga menjadi pembayar zakat semula selepas ini,” katanya semasa menghadiri Majlis Iftar dan Penyampaia­n Sumbangan Kepada Asnaf Wilayah Persekutua­n Labuan, pada Sabtu.

Selain itu katanya, melalui Program Musa’adah Covid-19, pihak MAIWP memperuntu­kkan sumbangan kepada mualaf sebanyak RM271,500 kepada 543 orang penerima.

“Setiap penerima akan menerima bantuan sebanyak RM500 seorang yang akan diagihkan secara berperingk­at dalam tempoh terdekat, diharapkan usaha seperti ini akan kita kerapkan dari masa ke masa dengan pelbagai bentuk bantuan kepada pihak yang memerlukan,” jelasnya.

Tambahnya, MAIWP telah mengorak langkah awal dengan menyalurka­n bantuan Ihya’ Ramadan kepada semua masjid dan surau di seluruh Wilayah Persekutua­n.

“Di Labuan, sebanyak RM759,000 disalurkan kepada 16 buah masjid, 16 buah surau Jumaat dan 29 buah surau biasa melalui kerjasama pihak JAWI Labuan.

“Bantuan itu diberikan bagi membolehka­n pihak Ahli Jawatankua­sa dapat merancang dan melaksanak­an programpro­gram untuk menghidupk­an Ramadan dengan mengikut SOP yang ditetapkan.

“Setiap masjid menerima sebanyak RM15,000, surau Jumaat sebanyak RM12,500 dan surau biasa sebanyak RM11,000. Manakala saguhati kepada Ahli Jawatankua­sa masjid/surau Jumaat juga turut diberikan sebanyak RM238,400 di Labuan,” katanya.

Ahmad Marzuk turut berharap agar usaha bagi mengagihka­n wang zakat kepada lapan golongan asnaf itu akan terus dipertingk­atkan dari semasa ke semasa bagi memastikan setiap individu yang layak mendapat bantuan zakat menerima hak mereka masing-masing.

“Semoga dengan langkah proaktif yang dilakukan oleh MAIWP ini sedikit sebanyak dapat membantu kerajaan dalam usaha untuk membasmi kemiskinan dalam kalangan ummah khususnya di Wilayah Persekutua­n Labuan,” katanya.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaik­an sumbangan kepada 543 orang saudara baharu melibatkan peruntukan sebanyak RM271,500 selain 50 orang asnaf yang menerima kit barangan makanan bernilai RM100 dengan jumlah keseluruha­n sebanyak RM5,000.

Hadir sama Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Alias dan Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli. — Penerangan Labuan

 ??  ?? ALBUM: Para penerima bantuan bergambar kenangan bersama Ahmad Marzuk dan tetamu jemputan lain.
ALBUM: Para penerima bantuan bergambar kenangan bersama Ahmad Marzuk dan tetamu jemputan lain.
 ??  ?? SIMBOLIK: Penyerahan simbolik kepada wakil penerima bantuan saudara baharu daripada MAIWP.
SIMBOLIK: Penyerahan simbolik kepada wakil penerima bantuan saudara baharu daripada MAIWP.
 ??  ?? SUMBANGAN: Ahmad Marzuk (dua kiri) menyampaik­an sumbangan kepada wakil penerima bantuan Musaadah Tijariyyah 2021.
SUMBANGAN: Ahmad Marzuk (dua kiri) menyampaik­an sumbangan kepada wakil penerima bantuan Musaadah Tijariyyah 2021.
 ??  ?? BANTUAN: Ahmad Marzuk (kiri) menyampaik­an bantuan kepada salah seorang asnaf.
BANTUAN: Ahmad Marzuk (kiri) menyampaik­an bantuan kepada salah seorang asnaf.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia