Utusan Borneo (Sabah)

Ewon turun padang tinjau gotongroyo­ng baiki jalan

- Oleh Yap Siong Han

KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian Datuk Ewon Benedick meninjau program gotong-royong membaiki sebahagian jalan menuju ke Dewan Kampung Tamalang Taginambur, di sini, pada Jumaat.

Peruntukan menaik taraf sebahagian jalan itu dibiayai menggunaka­n peruntukan Program Sentuhan Kasih (Touchpoint­s) ADUN Kadamaian.

Awal bulan ini semasa meninjau kemudahan baharu dewan kampung itu dan menyertai Santai Badminton bersama belia Kg.Tamalang, Ewon bersetuju menyediaka­n peruntukan Sentuhan Kasih membaiki sebahagian jalan menuju ke dewan berkenaan untuk keselesaan orang ramai yang berkunjung ke dewan itu.

“Sebagai tanda sokongan, saya meluangkan masa meninjau program gotongroyo­ng yang dijayakan oleh para belia dan penduduk kampung ini.

“Jalan masuk ke dewan ini telah dibina konkrit dengan peruntukan yang saya salurkan pada tahun lepas.

“Bagaimanap­un masih ada bahagian jalan yang belum konkrit dan menyebabka­n kereta kecil tersangkut. Justeru, saya setuju gunakan peruntukan Sentuhan Kasih ADUN tahun ini untuk membaiki jalan berkenaan yang dilaksanak­an secara gotong-royong,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Jumaat.

Dewan Kg.Tamalang adalah antara hasil komitmen dan usaha Ewon sebelum ini untuk menyediaka­n kemudahan kepada penduduk kampung.

“Dewan ini adalah antara hasil usaha perkhidmat­an kita yang dibina pada tahun lepas dan kini boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti rakyat.

“Saya berharap dewan ini memberi manfaat kepada penduduk kampung untuk melaksanak­an aktiviti sukan seperti badminton dan juga aktiviti-aktiviti kemasyarak­atan yang lain,” katanya.

 ??  ?? TINJAU: Ewon (dua kanan) ketika meninjau kerja-kerja naik taraf berkenaan.
TINJAU: Ewon (dua kanan) ketika meninjau kerja-kerja naik taraf berkenaan.
 ??  ?? NAIK TARAF: Kerja-kerja naik taraf sedang dilaksanak­an.
NAIK TARAF: Kerja-kerja naik taraf sedang dilaksanak­an.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia