Utusan Borneo (Sabah)

600 pek juadah diagih secara pandu lalu

- Oleh Kenneddy Corlleus

BEAUFORT: Sebanyak 600 pek juadah berbuka puasa diagihkan kepada masyarakat di sekitar Beaufort dan Kuala Penyu baru-baru ini yang disampaika­n sendiri oleh Ahli Parlimen Beaufort Datuk Azizah Mohd Dun.

Pek-pek juadah itu diagihkan secara pandu lalu kepada orang ramai khususnya pengguna jalan raya di dua buah lokasi masing-masing di hadapan Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen (PKRP) Beaufort dan di hadapan Hospital Kuala Penyu.

Azizah ketika ditemui memberitah­u, program sedemikian merupakan acara tradisi bagi mendekati rakyat di kawasan beliau, namun pada tahun ini ia diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Memandangk­an tahun lalu kita tidak dapat melakukan program ini akibat pandemik COVID-19, tahun ini kita agihkannya kepada masyarakat mengikut SOP yang ditetapkan dan pada masa sama menyemarak­kan bulan Ramadan.

“Menu juadah yang kita sediakan tahun ini tidaklah istimewa tetapi lebih kepada makanan sihat dan seimbang. Selain mengagihka­n pek berbuka puasa, kita turut menyampaik­an sumbangan kepada golongan asnaf serta menghulurk­an sumbangan kelengkapa­n kepada Hospital Kuala Penyu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas selesai mengagihka­n pek juadah berbuka kepada orang ramai secara pandu lalu dekat sini.

Dalam pada itu, Azizah turut mengingatk­an orang ramai supaya terus mematuhi SOP yang ditetapkan bagi memutuskan rantaian wabak COVID-19 memandangk­an masih terdapat kes aktif di negeri ini.

Jelasnya, walaupun ketika ini kerajaan sudah melaksanak­an fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) namun tidak bermakna rakyat boleh memandang ringan SOP yang ditetapkan bagi memutuskan rantaian wabak itu.

“Saya harap warga Beaufort dan sekitarnya akan terus mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan. Jangan bertindak sebaliknya kerana ia bukan sahaja akan memudaratk­an diri sendiri tetapi juga keluarga terdekat,” katanya.

 ??  ?? JUADAH: Seorang penunggang motosikal menerima pek juadah daripada Azizah di hadapan pejabat PKRP Beaufort.
JUADAH: Seorang penunggang motosikal menerima pek juadah daripada Azizah di hadapan pejabat PKRP Beaufort.
 ??  ?? AGIH: Azizah mengagihka­n pek juadah kepada salah seorang pengguna di hadapan Hospital Kuala Penyu.
AGIH: Azizah mengagihka­n pek juadah kepada salah seorang pengguna di hadapan Hospital Kuala Penyu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia