Utusan Borneo (Sabah)

Sambutan Pesta Kaamatan peringkat daerah secara digital

- Oleh Kenneddy Corlleus

KUALA PENYU: Meskipun sambutan Pesta Kaamatan tahun ini diraikan dalam suasana norma baharu tanpa kehadiran orang ramai namun ia tetap meriah kerana mereka masih boleh menyaksika­n sambutan itu secara langsung menerusi media sosial.

Bagi sambutan Pesta Kaamatan Daerah Kuala Penyu yang diadakan di Dewan Shahbandar Makang pada Sabtu, acara dimulakan dengan upacara ‘Momolapas do bilod’ sebagai simbolik kepada majlis yang dilangsung­kan itu.

Memandangk­an ia diadakan dalam suasana norma baharu pada tahun ini, ucapan perasmian daripada tetamu kehormat ditiadakan bagi memberi laluan kepada acara Sugandoi dan Unduk Ngadau peringkat akhir.

Berbanding sambutan pesta sebelum ini, peserta Sugandoi dan Unduk Ngadau peringkat akhir yang berentap kali ini tampil lebih bersemanga­t untuk menonjolka­n potensi masing-masing bagi menawan hati para juri serta penonton.

Dan walaupun ia diadakan secara langsung menerusi media sosial, yang penting semangat masyarakat yang meraikan perayaan Pesta Kaamatan dapat diperkukuh­kan selari dengan tema pesta Kaamatan tahun ini, ‘Kaamatan Tanpa Sempadan Demi

Kedamaian dan Keamanan’.

Menerusi tema itu sendiri, jelas memberi mesej bahawa semangat perpaduan amat penting dipupuk dan dipelihara bagi menjamin keharmonia­n bersama tidak kira di mana kita berada.

Justeru, memandangk­an negara belum pulih sepenuhnya daripada wabak COVID-19, rakyat seharusnya memanfaatk­an kemudahan teknologi dalam kehidupan seharian termasuk memelihara perpaduan dan silaturahi­m yang sekian lama terjalin.

Dalam pada itu, Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Limus Jury ketika dihubungi pemberita menitipkan pesanan kepada masyarakat khususnya generasi muda supaya mempertaha­nkan adat dan budaya kaum masingmasi­ng agar ia tidak pupus ditelan arus kemodenan.

Limus yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Penyu berkata, golongan muda yang merupakan generasi pelapis perlu mempertaha­nkannya kerana ia merupakan identiti dan khazanah yang amat bernilai.

Beliau turut merakamkan penghargaa­n kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memastikan kelancaran sambutan pesta Kaamatan yang diadakan secara digital selaras dengan norma baharu.

 ??  ?? ALBUM: Peserta pertanding­an akhir Unduk Ngadau Pesta Kaamatan Daerah Kuala Penyu merakamkan gambar kenangan pada majlis itu.
ALBUM: Peserta pertanding­an akhir Unduk Ngadau Pesta Kaamatan Daerah Kuala Penyu merakamkan gambar kenangan pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia