Utusan Borneo (Sabah)

Penjawat awam antara dicekup disyaki terlibat salah guna dadah

-

KUCHING: Seorang penjawat awam antara yang diberkas kerana terlibat kegiatan penyalahgu­naan dadah di Kampung Telaga Air Khamis lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan DSP Lim Jaw Shyong berkata, pihaknya telah melakukan serbuan ke atas sebuah rumah di kampung tersebut dan menahan dua lelaki yang dilihat mencurigak­an iaitu sekitar jam 7.10 malam.

Menurutnya, hasil pemeriksaa­n ke atas seorang daripadany­a yang berusia 39 tahun dan bekerja dengan sebuah agensi kerajaan telah menemui dadah disyaki syabu seberat 1.80 gram.

“Hasil pemeriksaa­n ke atas suspek menemui satu kotak yang di dalamnya terdapat enam keratan tiub straw jernih, dua tiub straw dan dua peket plastik merah mengandung­i ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu,” katanya menerusi satu kenyataan Jumaat lalu.

Tambahnya juga, hasil pemeriksaa­n ke atas suspek kedua yang berusia 22 tahun turut menjumpai satu keratan tiub straw yang di dalamnya mengandung­i dadah jenis syabu seberat 0.12 gram.

“Kedua-dua suspek kemudian ditangkap dan dadah tersebut juga dirampas untuk siasatan lanjut,” katanya.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Selain itu, hasil saringan urin juga mendapati kedua-duanya positif dadah menyebabka­n mereka turut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek mengaku dadah tersebut adalah milik mereka yang diperolehi secara ‘bank in’ daripada seseorang yang dikenali sebagai ‘Alek’,” katanya.

Semakan rekod turut mendapati suspek penjawat awam terbabit pernah ditangkap sebelum ini juga berkaitan jenayah dadah.

Kedua-dua suspek kini direman sehingga 4 Mei ini bagi melengkapk­an siasatan polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia