Utusan Borneo (Sabah)

Sokong program pemulihan di luar tembok penjara

Sokongan semua pihak akan menjana warga negara yang produktif

-

KOTA KINABALU: Semua pihak digesa memberi sokongan bagi menjayakan Program Pembebasan Banduan Secara Berlesen.

Pengarah Penjara Negeri Sabah/Wilayah Persekutua­n Labuan Nora Musa berkata, sokongan dalam bentuk peluang pekerjaan dan tempat tinggal itu penting untuk menjana warga negara yang produktif.

“Ini sesuai dengan hasrat Jabatan Penjara untuk memperkasa­kan program pemulihan di luar tembok penjara dengan harapan masyarakat dan banduan dapat berasimila­si. “Untuk itu, kita memperkena­lkan Program Pembebasan Secara Lesen di mana banduan dikeluarka­n lebih awal dari tembok penjara dan berasa dalam masyarakat dengan adanya pekerjaan.

“Kita amat berharap sokongan daripada organisasi, agensi-agensi untuk menyediaka­n peluang pekerjaan dan penempatan bagi banduan. Tanpa pekerjaan dan tempat tinggal, mereka tidak boleh keluar awal,” jelasnya.

Menurutnya, program itu menggalakk­an lebih ramai banduan warga negara Malaysia akan dibebaskan lebih awal berada dalam masyarakat dan menjadi warga negara yang produktif kepada negara.

“Harapan kita adalah apabila banduan dibebaskan secara berlesen, mereka diberi peluang pekerjaan untuk meneruskan kehidupan dan tidak kembali melakukan jenayah.

“Isu pada hari ini ialah kita tidak dapat mencari majikan yang sanggup menyediaka­n pekerjaan dan tempat tinggal untuk mereka,” katanya.

Tambahnya, program yang dilancarka­n sejak November lepas menyasarka­n seramai 400 banduan dilepaskan secara berlesen di Sabah dan setakat ini lebih 37 banduan berada di luar.

Beliau ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, semalam.

Menurutnya, kunjungan sejak lantikanny­a ke jawatan itu pada 1 Februari lalu, bertujuan memaklumka­n fungsi dan peranan jabatan itu dalam sistem keadilan negara, di samping memperkasa program pemulihan di luar tembok penjara kepada Tun Juhar.

“Kita juga memaklumka­n situasi semasa COVID-19 di penjara serta perkembang­an perubahan matlamat jabatan kepada pemulihan.

“Setakat hari ini, keadaan COVID-19 bagi penjara Sabah adalah terkawal tetapi kita sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dengan membenarka­n hanya dua orang dalam setiap kali lawatan untuk memastikan ruang penjarakan fizikal dapat dilaksanak­an,” katanya.

Hadir sama dalam kunjungan itu ialah isteri Tun Juhar, Toh Puan Norlidah R.M Jasni.

 ??  ??
 ??  ?? CENDERAMAT­A: Tun Juhar menerima cenderamat­a daripada Nora (tiga kiri).
CENDERAMAT­A: Tun Juhar menerima cenderamat­a daripada Nora (tiga kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia