Utusan Borneo (Sabah)

‘Jaga tingkah laku, harus berhemah’

- Oleh Yap Siong Han

TAMPARULI: Sikap positif pemimpin mencermink­an positifnya sesebuah kerajaan di mata rakyat dan begitulah juga perkara sebaliknya.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Jahid Jahim berkata, sikap seseorang pemimpin akan memberi cerminan kerajaan hari ini, sama ada baik atau buruk layanan mereka kepada rakyat.

“Negatif kepimpinan kita, maka negatiflah kerajaan di mata rakyat, oleh itu, jagalah tingkah laku, jaga pertuturan dalam berkomunik­asi dengan masyarakat, biar berhemah agar kita sentiasa dihormati dan disegani rakyat,” katanya pada majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pemimpin Masyarakat Tamparuli, di Pejabat Daerah Kecil Tamparuli, sini kelmarin.

Beliau menyeru semua pemimpin di pelbagai peringkat agar mengelakka­n daripada bersikap tinggi diri, angkuh dan sombong.

Katanya, hormatilah setiap orang, sentiasa merendah diri dan bersedia memberi pandangan serta panduan secara ikhlas kepada rakyat.

Jahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli menasihati semua pemimpin yang dilantik agar sentiasa bekerja penuh ikhlas, amanah, jujur dan bertanggun­gjawab. “Selain menjadi cerminan kerajaan masa kini, mereka juga merupakan cerminan kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS),” katanya.

Dalam pada itu, Jahid menjelaska­n pelantikan tiga pemimpin masyarakat di majlis berkenaan adalah bagi memenuhi kuota pemimpin masyarakat yang masih belum diisi, justeru pihak kepimpinan daerah perlu berusaha agar tidak ada yang tercicir dari segi pentadbira­n masyarakat.

Tiga pemimpin yang menerima watikah ialah Ghanie Tangaris (Wakil Ketua Anak Negeri Tamparuli), Anthony Salag (WKAN Tamparuli) dan Koh Kim Sun @ Henry (Ketua Masyarakat Cina Pekan Tenghilan).

 ??  ?? KENANGAN: Jahid (duduk tengah) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan.
KENANGAN: Jahid (duduk tengah) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia