Utusan Borneo (Sabah)

750 bakul makanan diagih di Menumbok

- Oleh Kenneddy Corlleus

MENUMBOK: Sebanyak 750 bakul makanan diagihkan sempena bulan Ramadan kepada golongan memerlukan yang membabitka­n 13 kawasan di Menumbok.

Pembantu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Isnin Aliasnih berkata, sumbangan yang disampaika­n itu adalah sebahagian usaha bagi meringanka­n beban golongan berkenaan yang terjejas akibat pandemik yang melanda seluruh negara.

Sumbangan bakul makanan yang disampaika­n itu diagihkan kepada golongan asnaf yang memerlukan dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Pekan Menumbok mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Bantuan yang diagihkan itu merupakan sumbangan daripada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Parti BERSATU Bahagian Beaufort dalam membantu rakyat khususnya golongan memerlukan bagi meringanka­n beban mereka.

Bantuan yang disampaika­n itu bukanlah sesuatu yang baharu malah jelasnya, ia dilaksanak­an sejak sekian lama dalam memastikan nasib golongan memerlukan sentiasa mendapat pembelaan sewajarnya.

Dalam pada itu, Pengerusi AIM Datuk Seri Pangliman Lajim Ukin berkata, AIM turut melaksanak­an program seumpama itu di seluruh negara sebagai usaha membantu golongan yang terjejas akibat COVID-19.

Jelasnya, walaupun bantuan itu berbentuk bakul makanan namun beliau percaya ia memberi makna yang besar kepada golongan memerlukan apatah lagi dalam keadaan yang amat mencabar ketika ini.

Justeru, Lajim dan Isnin turut berharap bantuan yang disampaika­n kepada mereka itu sedikit sebanyak dapat meringanka­n beban keluarga seterusnya memberikan keceriaan sempena bulan Ramadan tahun ini.

 ??  ?? SUMBANGAN: Isnin (tiga kiri) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima untuk diagihkan kepada golongan memerlukan, sambil diperhatik­an Lajim (tiga kanan).
SUMBANGAN: Isnin (tiga kiri) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima untuk diagihkan kepada golongan memerlukan, sambil diperhatik­an Lajim (tiga kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia