Utusan Borneo (Sabah)

MPWS santuni golongan kurang berkemampu­an dan OKU

-

TUARAN: Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) santuni golongan kurang berkemampu­an dan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam Program Kunjungan Ramadan, pada Khamis.

Pengerusi MPWS, Datuk Dr Tarsiah TZ Taman mengetuai rombongan kunjungan ke tiga lokasi berasingan iaitu Madrasah Tahfiz Al Quran Darul Huffaz Putera Jaya, Telipok, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK),Tamparuli dan Pusat Perlindung­an OrangOrang Buta Wallace Bay, Tuaran.

Dalam kunjungan itu, Tarsiah menyampaik­an sumbangan berupa beras, kurma, pelitup separuh muka dan wang tunai bagi meringanka­n beban yang ditanggung golongan berkenaan.

Turut hadir dalam kunjungan itu ialah Timbalan Pengerusi MPWS Baiyah Ag Mahmon, Pengerusi Jawatankua­sa Pendidikan MPWS Datin Malianah Ugau, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) Rusnah Kuyung.

 ??  ?? SUMBANGAN: Tarsiah (tiga kiri) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang pelajar Madrasah Tahfiz Al Quran Darul Huffaz.
SUMBANGAN: Tarsiah (tiga kiri) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang pelajar Madrasah Tahfiz Al Quran Darul Huffaz.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia