Utusan Borneo (Sabah)

Keahlian BERSATU Labuan berkembang, tambah cawangan

-

LABUAN: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) terus menambah keahlian parti itu di Labuan dengan lebih 4,000 ahli baharu telah menyertai parti tersebut sejak akhir tahun lepas sehingga hari ini.

Bersatu Bahagian Labuan kini telah menubuhkan 34 cawangan berbanding hanya 16 sebelum ini di semua daerah pengundian di Labuan.

Ketua Bahagianny­a, Datuk Suhaili Abdul Rahman berkata parti itu mengamalka­n keterbukaa­n dalam menarik lebih ramai keahlianny­a.

“Kami di sini bukan untuk mencuri ahli daripada parti politik lain, sebaliknya mengalu-alukan semua yang datang untuk sama-sama kita berkhidmat kepada rakyat,” katanya selepas merasmikan cawangan terbaru Bersatu di Bukit Besar di sini.

Beliau berkata cawangan Bukit Besar yang baru ditubuhkan itu dimulakan oleh bekas ahli UMNO dari Bukit Kalam, diketuai oleh Masri Bohari.

Terdahulu, Suhaili menyerahka­n 40 bakul makanan dengan duit raya kepada golongan yang memerlukan di Kg Bukit Kalam (Bukit Besar) dan Kg Layang-Layangan.

“Empat puluh bakul makanan itu adalah sebahagian daripada 500 bakul yang diperuntuk­kan kepada yang memerlukan di Labuan oleh Labuan Bersatu … kami akan tambah jumlahnya bergantung kepada keperluan,” katanya.

Beliau juga berkata Labuan Bersatu mewujudkan biro aduan awam untuk menyelesai­kan masalah rakyat.

Suhaili mendedahka­n kerjasama dengan UMNO di Labuan tidak lagi wujud tetapi parti itu mengukuhka­n hubungan PAS Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia