Utusan Borneo (Sabah)

Pertanding­an Bersusul/Berjujul tawar hadiah lumayan

- Oleh Hassim Haji Othman

PAPAR: Persatuan Setiakawan Sabah (SETIAKAWAN) mempelawa masyarakat Islam di Parlimen Papar menyertai Pertanding­an Bersusul/ Berjujul sempena Aidilfitri 1442H/2021M Parlimen Papar.

Pengerusi SETIAKAWAN Sabah Dato Armizan Mohd Ali dalam kenyataann­ya di sini memberitah­u, pertanding­an terbuka kepada penduduk di Parlimen Papar di mana penyertaan dibuka secara dalam talian melalui link https://forms.gle/ NNU6zq1c6i­Mf2Sgi9.

Setiap penyertaan perlu disertakan kod lokasi menggunaka­n ‘Geogle Maps’ untuk proses penilaian ke lokasi.

Setiap penyertaan perlu memenuhi kriteria iaitu jumlah minimum pelita yang digunakan adalah sebanyak 200 buah; bahan yang digunakan adalah berasaskan bahan semulajadi atau bahan terpakai (bukan kuasa elektrik); penyertaan adalah berdasarka­n individu/rumah.

Menurutnya, pendaftara­n bermula 3 hingga 9 Mei 2021 dan penilaian akan dilakukan selama empat malam bermula 1 Syawal berdasarka­n lokaliti kampung (jadual akan ditetapkan).

Keputusan pengadil adalah muktamad. Tertakluk pada terma dan syarat.

Sebarang pertanyaan boleh menghubung­i Saiful Ahdzim (013-565 6501), Zulfahmi (010-950 5105), Rahmat@ Gandau (011563 38783), Shahril@ Mamin (016-815 5600).

Menurutnya, SETIAKAWAN menganjurk­an pertanding­an ini sebagai antara aktiviti memaknai Hari Raya dalam suasana COVID-19 yang mengehadka­n pergerakan.

“Marilah kita meriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini dengan aktiviti bersusul/berjujul bersama keluarga,” katanya.

 ??  ?? ARMIZAN
ARMIZAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia