Utusan Borneo (Sabah)

Promenade Hotel Kota Kinabalu sokong penjaja makanan bazar Ramadan

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Sempena dengan bulan Ramadan kali ini Promenade Café menyediaka­n bufet sungkai yang terdiri lebih daripada 200 jenis hidangan.

Pengarah Pembanguna­n Perdaganga­n Promenade Hotel Kota Kinabalu Eric Choy berkata, hidangan-hidangan berkenaan juga melibatkan ramuan-ramuan daripada penjaja gerai yang terjejas akibat tidak dapat berjualan di bazar Ramadan.

Katanya, sejak pengumuman bazar Ramadan tidak dibernarka­n beroperasi tahun ini, penjaja makanan tempatan mengalami kesukaran untuk memasarkan produk makanan mereka.

Oleh itu katanya, Promenade Hotel di sini telah mengambil inisiatif untuk mengambil ramuan daripada penjaja berkenaan untuk menjadi sebahagian dalam bufet bulan Ramadan ini.

“Ini adalah kali pertama kita mengadakan kerjasama dengan penjaja makanan tempatan di sini, usaha ini juga melibatkan usahasama dengan Bakso Primadona, Api-Api Centre dan Gerai Makcik Biah di Putatan.

“Mi Bakso Daging dari Bakso Primandona akan dihidangka­n pada setiap Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad sementara kuih Melayu dari Gerai Makcik Biah akan dihidangka­n setiap hari,” katanya.

Menurutnya, ramai penjaja terjejas akibat pengumuman berkenaan berikutan pendemik COVID-19. Oleh itu, sudah tiba masanya untuk bersama-sama bekerjasam­a.

Katanya, inisiatif itu juga diadakan sebahagian daripada tanggungja­wab sosial korporat (CSR).

 ??  ??
 ??  ?? ENAK: Kuih-muih Melayu.
ENAK: Kuih-muih Melayu.
 ??  ?? SEDAP: Mi Bakso Daging.
SEDAP: Mi Bakso Daging.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia