Utusan Borneo (Sabah)

Christina sumbang juadah berbuka puasa kepada penduduk di sekitar Api-Api

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api Datuk Christina Liew telah mengadakan tinjau mesra sempena dengan bulan Ramadan tahun ini.

Dalam satu tinjau mesra pada Jumaat lalu, Christina yang juga Ahli Parlimen Tawau telah menyampaik­an pelbagai jenis juadah berbuka puasa kepada komuniti Muslim di sekitar DUN Api-Api.

Antara juadah berkenaan termasukla­h bubur kacang, mi goreng serta kuih-muih dan banyak lagi.

Beliau diiringi mantan Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Api-Api Grace Lee.

Antara lokasi yang dilawati adalah Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu dan Masjid USIA Bandaraya Kota Kinabalu.

 ??  ?? KENANGAN: Christina (tengah) merakamkan gambar kenangan selepas menyerahka­n juadah berbuka puasa kepada pasukan bomba di sini.
KENANGAN: Christina (tengah) merakamkan gambar kenangan selepas menyerahka­n juadah berbuka puasa kepada pasukan bomba di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia