Utusan Borneo (Sabah)

LDP Cawangan Api-Api lulus usul pencalonan Chin dan Yong sebagai Presiden dan Timbalan Presiden

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Parti Liberal Demokratik (LDP) Cawangan Api-Api dalam satu Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) semalam meluluskan usul untuk mencalonka­n Datuk Chin Su Phin dan Datuk Yong Wui Chung sebagai Presiden dan Timbalan Presiden LDP.

AGM berkenaan dipengerus­ikan oleh Chin iaitu penyandang kepada Pengerusi LDP Cawangan Api-Api dan dihadiri oleh para ahli dimajlis berkenaan dan secara atas talian.

AGM itu turut menyaksika­n Chin menyerahka­n jawatan pengerusi itu kepada Sim Fui untuk mengetuai cawangan terbabit.

Sim Fui dalam pada itu berkata, LDP Cawangan Api-Api adalah yang pertama untuk memanggil bagi mengadakan AGM.

Katanya, cawangan itu juga telah meluluskan pencalonan Chin dan Yong untuk jawatan tertinggi parti iaitu Presiden dan Timbalan Presiden untuk pemilihan LDP yang bakal berlangsun­g pada hujung tahun ini.

Cawangan itu turut mengutarak­an cadangan agar kerajaan negeri perlu meningkatk­an usaha bagi pemasangan sistem kamera litar tertutup (CCTV) bagi memantau aktiviti jenayah seterusnya mengawal ketenteram­an awam.

Sim akan mengetuai jawatankua­sa baharu Cawangan Api-Api bagi tempoh 2021 sehingga 2024.

Barisan kepimpinan LDP seterusnya adalah Timbalan Presiden Wong Kwan How, Naib Pengerusi Yong Ket Leong, Monex Moo Bo Sun dan Chin Chee Hung.

Naib Pengerusi merangkap Ketua Pemuda Wong Tzy Khang, Naib Pengerusi merangkap Ketua Wanita Jessie Goh Soo Yee, Setiausaha Ng Kwan Loong, Pembantu Setiausaha Chin Yu Erh, Bendahari Chen Nyek Fui, Pembantu Bendahari Lee Phui Fun.

Pegawai Publisiti Loo Jit Hern, Ahli Jawatankua­sa Chok Boon Seng, Lee Chee Soon, Chung Tshun Vui, Chin Wei Terd, Yong Niap Khon, Anderson Lim Zhi Yi, Sammie Yew Ser Hui, Koek Jyy Shing, Adrian Siaw Vui Chiah, Jarrad Chin Weng Soon dan Ar. Jonathan Khoo Boon Chuan.

 ??  ?? KENANGAN: Chin (duduk, tengah), Yong (duduk, dua kanan) dan Sim Fui (duduk, dua kiri) merakamkan gambar kenangan bersama barisan kepimpinan LDP Cawangan Api-Api.
KENANGAN: Chin (duduk, tengah), Yong (duduk, dua kanan) dan Sim Fui (duduk, dua kiri) merakamkan gambar kenangan bersama barisan kepimpinan LDP Cawangan Api-Api.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia