Utusan Borneo (Sabah)

Hubungan DenmarkM’sia terus diperkukuh

Lebih 70 syarikat dari Denmark kini melabur dalam pelbagai sektor di negara ini, kata Duta Besar

-

KOTA KINABALU: Hubungan dua hala Denmark - Malaysia khususnya di Sabah terus diperkukuh.

Duta Besar Denmark ke Malaysia Kirsten Rosenvold Geelan berkata, lebih 70 syarikat negara itu kini melabur dalam pelbagai sektor, antaranya, industri makanan, pembuatan serta penyelesai­an teknologi hijau.

“Lebih 70 syarikat kami meliputi pelbagai sektor telah beroperasi di Malaysia dan perkongsia­n maklumat melalui kunjungan seperti ini dapat menyakinka­n pelabur mengenai kemampuan Sabah sebagai hab perlaburan yang mapan,” katanya.

Geelan di temui media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri.

Kunjungan itu bertujuan mengeratka­n kerjasama dalam kalangan pelabur yang sudah beroperasi di Malaysia. — Penerangan

 ??  ?? CENDERAHAT­I: Juhar (kanan) menerima cenderahat­i daripada Geelan (tengah).
CENDERAHAT­I: Juhar (kanan) menerima cenderahat­i daripada Geelan (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia