Utusan Borneo (Sabah)

Tiada kluster baharu dilaporkan pada Ahad

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Tiada kluster baharu COVID-19 dilaporkan pada 2 Mei 2021 bagaimanap­un kes baharu dicatatkan sebanyak 115 kes seterusnya menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 58,315 kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, daripada 115 kes positif COVID-19, sebanyak 49 kes adalah berpunca dari saringan kontak rapat, 13 kes saringan bergejala, 50 kes dari kluster baharu dan sedia ada serta tiga kes dari lain-lain kategori.

“Jumlah pesakit COVID19 yang sembuh ialah 94 orang menjadikan jumlah kumulatif 56,958 orang.

“Seramai 677 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 276 orang di hospital dan 4,401 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam.

“Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 37 orang dan 16 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Dalam pada itu, beliau menjelaska­n setakat ini bagi Fasa 1 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, seramai 460 orang telah menerima suntikan vaksin harian dos pertama menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 54,028 orang.

Katanya, bagi dos kedua vaksin, seramai 460 orang telah menerima suntikan pada 2 Mei 2021 menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 48,511 orang.

“Bagi Fasa 2 Program Immunisasi COVID-19 Kebangsaan, seramai 876 orang telah menerima suntikan vaksin harian dos pertama menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 15,408 orang.

“Bagi dos kedua vaksin Fasa 2, tiada yang menerima suntikan pada 2 Mei 2021 menjadikan jumlah kumulatif sebanyak satu orang,” katanya.

Menurutnya, bilangan pendaftara­n penerima vaksin pada 2 Mei 2021 sejumlah 1,654 menjadikan jumlah kumulatif yang mendaftar setakat ini sebanyak 464,864 (MySejahter­a 412,698; laman web 51,915; talian vaksinasi 251) bersamaan 15.9 peratus.

 ??  ?? MASIDI
MASIDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia