Utusan Borneo (Sabah)

Toh Puan Norlidah lengkapkan dos suntikan vaksin COVID-19

-

KOTA KINABALU: Isteri Yang Dipertua Negeri Toh Puan Norlidah R.M Jasni melengkapk­an dos suntikan vaksin COVID-19 pada jam 10.55 pagi Ahad.

Terdahulu, Program Imunisasi Istana Negeri itu dimulai dengan bacaan doa yang dipimpin Pegawai Perubatan Nurseleha Mohammad Pala dari Jabatan Kecemasan Hospital Queen Elizabeth.

Toh Puan Norlidah disuntik vaksin jenis Pfizer-BioNtech oleh jururawat Nigel Luanne sambil dipantau oleh Ketuanya Rosna Kumat @ Julita dari Klinik Kesihatan Likas.

Turut menerima dos kedua vaksin sama ialah ahli keluarga iaitu Sarabanian Mahiruddin, 72, Datuk Armani Mahiruddin, 63, Nurdiah Jefrin, 62, Haleza Karim, 55, dan Mohd Haziq Ramadhan Mohd Rashid, 28, di Dewan Santapan Istana Negeri.

Hadir sama pada program berkenaan ialah Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin, Setiausaha Sulit Abinan Asli dan Setiausaha Perhubunga­n Datuk Mohd Rashid Mohd Tahir.

Menutup program, Abinan membacakan doa selamat sebelum Toh Puan Norlidah menyampaik­an kad hari raya kepada semua petugas.

Toh Puan Norlidah menerima suntikan dos pertama vaksin itu pada 11 April 2021 dan dilaporkan berjalan lancar tanpa sebarang masalah. — Penerangan

 ??  ?? KAD RAYA: Abinan (tengah) mewakili Toh Puan Norlidah menyampaik­an kad hari raya kepada Jurufoto Jabatan Penerangan Sabah Johny G. Kimlon (kiri).
KAD RAYA: Abinan (tengah) mewakili Toh Puan Norlidah menyampaik­an kad hari raya kepada Jurufoto Jabatan Penerangan Sabah Johny G. Kimlon (kiri).
 ??  ?? TEMANI: Tun Juhar dan Toh Puan Norlidah (kanan) menemani dua kakaknya Armani (kiri) dan Sarabanian (dua kiri) pada program itu.
TEMANI: Tun Juhar dan Toh Puan Norlidah (kanan) menemani dua kakaknya Armani (kiri) dan Sarabanian (dua kiri) pada program itu.
 ??  ?? KENANGAN: Toh Puan Norlidah (tengah) merakam gambar kenangan bersama para petugas dari Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.
KENANGAN: Toh Puan Norlidah (tengah) merakam gambar kenangan bersama para petugas dari Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.
 ??  ?? VAKSIN: Toh Puan Norlidah ketika menerima vaksin dos kedua oleh Nigel (kanan).
VAKSIN: Toh Puan Norlidah ketika menerima vaksin dos kedua oleh Nigel (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia