Utusan Borneo (Sabah)

Tanggungja­wab perlu dipikul bersama

Menjadi pendidik dalam norma baharu perlukan kesungguha­n dan keikhlasan: Robert

-

KENINGAU: Menjadi pendidik dalam normal baharu memerlukan usaha berlainan daripada yang biasa dilakukan, namun kesungguha­n dan keikhlasan guruguru dalam memberikan ilmu akan mengatasi semua ini, kata Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin.

Beliau berharap dalam tempoh yang sukar ini, pihak sekolah dapat memikirkan dan membuat beberapa inovasi yang boleh diketengah­kan di peringkat lebih tinggi, manakala kerajaan sentiasa menyokong dan membantu sekiranya ada keperluan.

Dalam memajukan sekolah, kerjasama dan tanggungja­wab perlu dipikul bersama oleh pihak sekolah dan juga ibu bapa murid.

“Ini bermaksud apa juga program yang dianjurkan di peringkat sekolah, memerlukan keterlibat­an daripada ibu bapa melalui PIBG. Pandangan yang bernas boleh disalurkan melalui medium yang betul untuk kebaikan bersama.

“Tidak salah berbeza pendapat asalkan ia akhirnya memberikan kebaikan kepada pihak sekolah,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor berkata demikian ketika berucap dalam Majls Perasmian dan penyerahan surat Pintu Gerbang SK Binaong, pada Jumaat.

Katanya, banyak sektor yang terkesan daripada pandemik COVID-19 namun beliau yakin pihak sekolah dan Jabatan Pendidikan Daerah terpaksa mengharung­i pelbagai rintangan bagi membolehka­n anak-anak murid dapat menimba ilmu dengan sebaiknya.

Robert berkata, kerajaan sentiasa memberikan keutamaan kepada sektor pendidikan.

Banyak transforma­si dilakukan untuk memartabat­kan lagi sistem pendidikan agar ia boleh melahirkan insan yang berkualiti.

Katanya, keceriaan dan kekemasan persekitar­an sekolah antara lain adalah aspek penting yang menunjukka­n keberkesan­an kepimpinan dalam sekolah.

Beliau mengucapka­n tahniah kepada barisan pentadbir dan semua staf SK Binaong kerana sentiasa berusaha dalam meningkatk­an keceriaan sekolah dan semoga ia dapat memberikan motivasi dan semangat murid untuk hadir setiap hari.

“Teruskan usaha anda untuk mendidik murid dengan seikhlasny­a kerana tugas itu adalah satu amanah yang diberikan sebagai guru dan dipandang mulia oleh masyarakat. Jangan pernah rasa jemu untuk mendidik anak bangsa,” katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) begitu komited untuk membangunk­an negeri Sabah.

Baru-baru ini, Kerajaan Sabah dibawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor melancarka­n Pelan Pembanguna­n Negeri Sabah Maju Jaya 1.0 Tahun 2021-2025 berpaksi kepada tiga teras.

“Teras utama sektor utama fokus pertumbuha­n ekonomi, manakala teras kedua adalah modal insan dan kesejahter­aan rakyat yang menjadi nadi kepada pembanguna­n pendidikan di Sabah dan teras ketiga ialah jaringan infrastruk­tur dan kelestaria­n hijau,” katanya.

Halatuju Sabah Maju Jaya ini bergerak seiring dengan kerangka Agenda Pembanguna­n Nasional di bawah Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Katanya, Sabah Maju Jaya adalah falsafah yang membina jiwa dan inti pati perjuangan setiap anak Sabah.

“Slogan ini dipilih dan diangkat sebagai hala tuju negeri dengan hasrat untuk membawa citra inklusivit­i pemilikan bersama, kesatuan dan pertanggun­gjawaban setiap kita anak watan untuk menjayakan Agenda

Pembanguna­n Negeri,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengajak guru dan ibu bapa serta masyarakat bersatu bekerjasam­a bergerak ke hadapan demi membina tanahair yang tercinta untuk lebih maju dan makmur.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Keningau Masly Wahip, Guru Besar SK Binaong Haini Haji Suparno, PK Pentadbira­n Jamestan Dominic, PK HEM Azline H Tawik, PK Edward George Timin dan Yang Dipertua PIBG SK Binaong Sazaki Mohd Zain.

 ??  ?? CENDERAMAT­A: Guru Besar Haini Haji Suparno menyampaik­an cenderamat­a kepada Robert.
CENDERAMAT­A: Guru Besar Haini Haji Suparno menyampaik­an cenderamat­a kepada Robert.
 ??  ?? MENGGALAKK­AN: Antara yang hadir dalam majlis berkenaan.
MENGGALAKK­AN: Antara yang hadir dalam majlis berkenaan.
 ??  ?? PINTU GERBANG: Pintu gerbang sekolah yang dirasmikan.
PINTU GERBANG: Pintu gerbang sekolah yang dirasmikan.
 ??  ?? PERASMIAN: Robert memotong kek dalam majlis berkenaan.
PERASMIAN: Robert memotong kek dalam majlis berkenaan.
 ??  ?? RASMI: Robert memotong pita sebagai tanda perasmian.
RASMI: Robert memotong pita sebagai tanda perasmian.
 ??  ?? TERIMA KASIH: Robert menerima cendera kenangan daripada pihak sekolah.
TERIMA KASIH: Robert menerima cendera kenangan daripada pihak sekolah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia