Utusan Borneo (Sabah)

Ewon peruntuk RM10,000 bina jalan perkuburan Kg. Melangkap Neriou

- Oleh Yap Siong Han

KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian Datuk Ewon Benedick mengulangi komitmenny­a untuk terus berusaha menyediaka­n keperluan rakyat Kadamaian dan membawa pembanguna­n di kawasan itu.

Beliau berkata, keperluan rakyat Kadamaian akan terus menjadi keutamaann­ya walaupun kini beliau dalam blok pembangkan­g.

“Perbezaan politik tidak menjadi penghalang untuk kita terus membantu rakyat kerana rakyat telah memberikan amanah dan tanggungja­wab kepada saya untuk menjaga Kadamaian.

“Sehubungan itu, kita akan bekerjasam­a dengan pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi memastikan keperluan rakyat Kadamaian dapat ditunaikan,” katanya selepas meninjau jalan perkuburan Kg. Melangkap Neriou yang baru siap dibina, kemudianny­a makan bersama penduduk kampung yang menyertai gotong-royong membersihk­an kawasan kampung itu, kelmarin.

Semasa lawatan ke kampung itu September 2020, beliau telah meninjau keadaan jalan perkuburan itu yang dipohon oleh penduduk kampung dan beliau bersetuju menyediaka­n sejumlah peruntukan untuk tujuan itu.

Sementara itu, penduduk Kg Melangkap Neriou gembira dan berterima kasih kepada Ewon atas keprihatin­an memperuntu­kkan sebanyak RM10,000 untuk membina jalan sejauh 200 meter ke kawasan perkuburan kampung berkenaan.

Ketua Kampungnya Dumin Sinit berkata, mereka telah memohon pembinaan jalan raya berkenaan sejak dahulu lagi (sejak kerajaan USNO) kerana ia adalah antara keperluan utama penduduk kampung namun ia tidak pernah diluluskan.

“Kerajaan dan wakil rakyat Kadamaian sering bertukartu­kar tapi permohonan kami tidak pernah dipertimba­ngkan. Syukur dan terima kasih kepada Datuk Ewon kerana begitu prihatin terhadap masalah rakyat.

“Beliau memberikan peruntukan untuk membina jalan ke kawasan perkuburan kampung. Walaupun kini beliau bukan lagi berada dalam kerajaan tetapi beliau tetap menunaikan janji pilihan raya lalu.

“Biasanya janji-janji pilihan raya bagi sesetengah wakil rakyat tidak boleh dipercayai kerana ia hanyalah janji kosong tetapi Datuk Ewon bukan seperti mereka.

“Beliau (Datuk Ewon) telah menunaikan janjinya. Semasa beliau menjadi Menteri Pembanguna­n Luar Bandar dalam tempoh hanya dua tahun, banyak pembanguna­n di kampung ini iaitu pembinaan dewan terbuka, penaiktara­fan jalan kampung dan pembaikan bengkel kraf tangan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia