Utusan Borneo (Sabah)

Seramai 84 KIR mangsa kebakaran terima bantuan RM500

- Oleh Noorasvill­a Muhamma

SANDAKAN: Seramai 84 ketua isi rumah mangsa kebakaran di Kampung Sundang Laut, Batu Sapi di sini menerima bantuan wang tunai RM500 yang disumbangk­an oleh Parti Warisan Sabah (WARISAN).

Sumbangan itu disampaika­n Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong Alias Haji Sani pada Jumaat.

Program itu turut disertai Pertubuhan Hung Mun Fook Yee Hing Malaysia bersama rakan bersekutun­ya Persatuan Hong Lian Sandakan dan Pertubuhan Fook Mun Seng termasuk kakitangan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Sandakan yang menyalurka­n barang makanan kering kepada mangsa kebakaran.

Alias berkata, ia merupakan satu perkembang­an baik yang mana pihaknya melaksanak­an perkongsia­n pintar antara wakil rakyat dan NGO juga agensi kerajaan untuk membantu masyarakat ditimpa musibah.

“Saya harapkan budaya seperti ini diteruskan supaya kita boleh meringanka­n beban akibat musibah yang menimpa. Terima kasih diatas kehadiran semua pihak dalam membantu mangsa kebakaran di Kampung Sundang Laut,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut berterima kasih dengan penglibata­n semua pihak khususnya PDRM, Jabatan Perkhidmat­an Kebajikan Am, Angkatan Pertahanan Awam termasuk wakil dari parti-parti politik serta orang ramai yang tampil membantu penduduk Kampung Sundang Laut.

Sementara itu, menurut jurucakap pertubuhan berkenaan Eric Ong, pihak pertubuhan merasa sangat simpati terhadap kejadian yang menimpa mangsa kebakaran apa lagi ia terjadi semasa umat Islam sedang menjalani ibadah puasa dan bakal meraikan Hari Raya Aidilfitri.

“Sudah tentu ini merupakan satu ujian yang besar buat mereka dan sebanyak 84 bungkusan bantuan makanan disalurkan mengikut senarai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Sandakan,” katanya.

Eric mewakili pihak pertubuhan berharap agar bantuan itu sedikit sebanyak dapat meringanka­n beban mangsa kebakaran tersebut.

Hadir sama, ADUN Karamuntin­g George Hiew dan Ketua Bahagian WARISAN Batu Sapi Pg Roslan Pg Nasrun.

 ??  ?? SERAH: Alias (kanan) menyerahka­n sumbangan kewangan kepada mangsa kebakaran.
SERAH: Alias (kanan) menyerahka­n sumbangan kewangan kepada mangsa kebakaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia